Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Monday, May 16, 2011

Kenyataan banggang: Zahid tidak layak jadi menteri

Naib presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan isu ugutan yang didakwa diterima ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, yang mendakwa anaknya akan diculik jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersara daripada dunia politik, sebagai 'reverse psychology'.

NONE"Ini bagi menyatakan bahawa mereka berada dalam keadaan tertekan, dan tentunya perkara ini akan menarik simpati mereka yang berada dalam kumpulan yang sama, ataupun mereka yang berada di atas pagar," katanya.

Ini jelas menunjukkan sikap sebenar umno yang mengamalkan politik kotor dan jahat. Mereka akan menggunakan pelbagai taktik jahat untuk menatuhkan lawan.
Kenyataan yang keluar ini lebih buruk daripada kenyataan rakyat yang bersembang di kedai kopi dan ternyata beliau tidak mencerminkan sifat profesionalisme dalam memberi kenyataan berkaitan.

Amat dukacita sekiranya kita masih meletakkan calon ini sebagai wakil rakyat kerana tidak sensetif dengan ugutan jenayah.

Adakah perasaan beliau sekiranya ugutan itu ditujukan untuk beliau? kenyataan Zahid ini ternyata banggang yang sedikitpun tidak mencerminkan jawatan yang disandang kini.

Apa pula kalau anak beliau yang akan diculik oleh penjenayah terbabit????

Pendirian Polis

Selepas laporan polis oleh Nurul Izzah adakah pihak berkuasa berkenaan akan menjalankan siasatan telus atau sekadar melepaskan batuk di tangga? sedangkan rakyat sudah sedia maklum polis hanya bekerja untuk umno dan bukan rakyat. Jika dilihat polis juga seperti menjaga kepentingan individu tertentu sahaja dan tidak melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang termaktub dalam akujanji mereka.

Amatlah menyedihkan sekiranya kes ini diambil mudah oleh mereka dan hanya menjaga anak-anak kenamaan sahaja. Adakah umno membayar gaji polis? semestinya tidak. Sebaliknya rakyatlah yang membayar gaji pasukan berkenaan dan sila hormat pada kehendak rakyat.

No comments:

Post a Comment