Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Monday, July 18, 2011

PROGRAM SUKANEKA RAKYAT 2011 & PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

Salam ukhuwah, pihak JKKK Kampung Parit 4, Sg. Burong & Parit 3 Sg. Burong dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Sg. Burong akan mengadakan program SUKANEKA RAKYAT 2011 pada 23-24 Julai 2011 ini bertempat di lapangan pukal padi Parit 4.

Acara dimeriahkan dengan kehadiran Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor DR. Abd. Rani bin Osman (ADUN Meru) yang akan merasmikan program tersebut. Beliau juga dijangka akan menyampaikan sumbangan Ibu tunggal dan anak yatim untuk masyarakat setempat.

Antara acara yang akan diadakan adalah taklimat kesihatan Mammogram, Pemeriksaan kesihatan (Klinik kesihatan dan Darulsyifa'), Memancing, Futsal Bendang dan acara sukaneka. Turut dijangka beberapa pameran lain akan menyertai program tersebut.




Saturday, July 9, 2011

SUARA RAKYAT Vs KEPARAT Vs LOMPAT

Terdapat tiga senario berbeza dalam demonstrasi BERSIH 2.0 hari ini di mana anda diminta membuat penilaian terhadap ke tiga-tiga senario berikut:
http://media1.malaysiakini.com/244/b1bf536447b7ce067d854968191229b7.jpg
perkasa yg suka menyalak

patriot yang suka menyemak yg tidak tahu objektifnya
BERSIH yang menuntut pembaharuan dalam sistem daftar pengundi yang mendapat restu YDP Agong

SELURUH DUNIA BERGEMA DENGAN LAUNGAN BERSIH.......


Tidak disangka dalam kesibukan kuda kerajaan umno/bn mengganas terhadap hak rakyat yang mahu sistem pilihanraya yang adil daan BERSIH di Kuala Lumpur, kini gelombang itu turut tersebar di merata negara.


Terbaru rakyat Malaysia yang kini berada di luar negara turut menyurakan rasa marah mereka terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) agar tidak menjadi agen kotor umno/bn.

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 itu dilaporkan berlangsung di 30 bandaraya utama di seluruh negara. Di Melbourne, Australia, peserta perhimpunan di Federal Square mencecah 750 orang, lapor tweet terkini Bersih Oz Twitter. di Perth, Australia, 150 rakyat Malaysia dilaporkan berkumpul
di hadapan menyanyi konsulat Malaysia, manakala 300 lagi berhimpun di Dewan Bandaran Sydney sekitar jam 2 petang.

Di Adelaide, kira-kira 150 orang menyertai perhimpunan menyokong BERSIH di bandar tersebut.

Sementara itu di New Zealand, perhimpunan dilaporkan bermula di Christchurch, di Universiti Canterbury sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Di Seoul, kira-kira 30 rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan itu
serentak dengan di Malaysia yang berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.

ADAKAH MEREKA DITANGKAP??

Melihat akan senario itu tidak seorang pun di antara mereka di luar negara ditahan oleh pihak berkuasa di sana tetapi berlainan di Malaysia yang sedia menanti dihadapan mereka adalah sekatan polis, gas pemedih mata, water canon dan provokasi kotor polis.

Amat memalukan apabila dibandingkan dengan mereka yang berada di luar sana. tiada sebarang tangkapan dilakukan.
Amatlah diharapkan agar rakyat menilai kembali pemimpin kerajaan bn sekarang yang ternyata berselindung di sebalik slogan "rakyat didahulukan" tetapi sebaliknya rakyat telah ditipu oleh mereka.

BERSIH 2.0 DI MATA DUNIA......

Dunia bercerita tentang BERSIH ..
di bawah ..

[...] Police fired tear gas at 8000 protesters, many of whom were left bleeding after the clashes. Crowds chanting "Long Live the People" and "Reform" were also sprayed with water cannons.
"We are fighting for free and fair elections," Ambiga Sreenevasan, the head of the Bersih (Clean) grouping that called the protest, told reporters. - telegraph.co.uk


[...] Saturday’s confrontation between police and protesters culminated after weeks of growing tension as activists have called on Prime Minister Najib Razak to make election laws more transparent. National elections are expected to be held by the middle of 2012. - new york times

BERSIH TERBUKTI POLIS REKA CERITA KOTOR!!



Selepas puas di ugut, aku kira perhimpunan bersih ini berjaya
Setakat ini ...

TIADA KERETA PECAH
TIADA BANGUNAN TERBAKAR
TIADA ANGGOTA KESELAMATAN YANG CEDERA
TIADA KES ROGOL BERLAKU
TIADA PENGGUNAAN PARANG PANJANG DAN BOM
kerana

BERSIH satu perhimpunan aman yang benar benar aman
Sudah terbukti setelah dua perhimpunan dirancang,
Tiada apa apa kemudaratan yang terjadi
Jelas .. cerita buruk pada BERSIH hanyalah hanya cerita hantu mak limah balik rumah
Ianya untuk kepentingan si gila kuasa.
Rakyat berdepan dengan penguatkuasa dengan berdisiplin dan tidak bertindak balas.

Apa apa pun, sekali lagi ... BERSIH itu satu sejarah.
Dan MEMORANDUM akan sampai ke YDP Agong sebentar lagi ...
DAULAT TUANKU !!!

Salam dari wartamaya
Dan terima kaseh BERSIH ! Terima kaseh kepada rakyat ....
Terima kaseh kepada semua pelayar ...

Wakakak !!!