Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Friday, February 25, 2011

Artis Terkenal sertai Pakatan Rakyat

Alhamdulillah dan telah kembali ke kepangkal jalan dan sekaligus menampakkan usaha Pas dalam membawa negara kita Malaysia kepada kepimpinan berasaskan islam mula mendapat tempat di hati rakyat apabila kini telah ramai menertai parti itu.

Dengan kejayaan sebelum ini menubuhkan KELAB PENYOKONG PAS yang dianggotai oleh masyarakat bukan islam telah mebuktikan PAS telus dan adil serta membawa kebaikan kepada semua masyarakat.

Kini golongan artis juga telah tertarik dengan sistem pimpinan PAS sekaligus menarik mereka menyertai parti tersebut dengan penuh kerelaan. Segala kemewahan sebagai seorang artis juga sanggup mereka tinggalkan dem memperjuangkan islam dan hidup berlandaskan Sunnah Rasulullah saw.

Himpunan 30 ribu pemuda PAS yang diadakan di Kedah baru-baru ini menggemparkan negara apabila kemunculan Pelakon, Pengacara dan Pelawak terkenal Bob Lokman turut hadir dan menyerahkan borang sebagai ahli PAS. Kemunculan beliau turut diiringi dengan laungan Takbir.

Menurut beliau, sebelum ini beliau mempunyai masalah dengan kehidupannya dan cara mendidik anak-anak di rumah kerana persekitaran dan sistem pendidikan yang dilihaat tidak menjurus kepada islam dan sunnah Rasulullah. Beliau juga turut mempersoalkan slogan 1 Malaysia  yang tidak menepati intipati islam sebenar. Beliau juga menjelaskan sepatutnya selogan itu ditukar kepada 'Allah didahulukan, Sunnah Rasulullah diutamakan'.


Thursday, February 24, 2011

SELANGOR TERKINI: UMNO CUBA MENIPU RAKYAT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgj0YCjKAgTMB7UwZMP5Z9Bys7ZhVe_L1qYL5ZhHEj04p78s6W29-s-Q5Gfz13o67QrOULz5DQ1wMsySVQYN2Jx-2mJk9jydQVRhsdbcYhQjjfgnPL3gqzbYTLYkeJ5JoOyPueBhwEWkw/s1600/umno+lwn+pkr.jpg

Jika Selangor Kini terbitan dari Pakatan Rakyat adakah Selangor Terkini juga dari pakatan?. Sedangkan isi juga jelas menampakkan bahawa akhbar ini adalah pro umno/bn yang kesemua kandungannya hanya memaparkan wajah-wajah orang umno dan kesemua kenyataannya lebih kepada memburukkan Pakatan Rakyat. Sumber

Lebih menguaatkan lagi bukti apabila ianya diedarkan hanya pada program anjuran umno sedangkan semasa program anjuran kerajaan Selangor tiada.

Penerbitan itu dipercaya dicetak dan diedarkan tanpa permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kebenaran pihak berkkuasa negeri.

Umno seolah-olah melihat bahawa rakyat mudah diperbodohkan oleh mereka (umno/bn) yang kononnya percaya terbitan Selangor terkini ini bukan terbitan umno. Siapa lagi yang suka membuat provokasi jahat ini? adakah kedai Ah kiaw atau Ah bun? ia sangat mustahil. Ini dikuatkan lagi dengan beberapa laporan polis yang telah dibubuat oleh kerajaan negeri namun tiada respon sehingga kini. Pihak polis seakan bersekongkol kerana tidak mahu menyiasat dan mendedahkan kebenaran di sebalik konflik yang melanda.
Adalah diharapkan agar rakyat di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan yang sedang dilakukan oleh umno demi meraih undi. Bangkitlah kita sebagai rakyat yang mempunyai kuasa dalam menghapuskan segala pendustaan dan tekanan yang selama ini cukup perit kita rasai. Hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mampu memberi kebajikan kepada rakyat dan mengembalikan hak rakyat kepada rakyat.

Wednesday, February 23, 2011

Kerajaan Selangor ada bukti umno terbabit

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgj0YCjKAgTMB7UwZMP5Z9Bys7ZhVe_L1qYL5ZhHEj04p78s6W29-s-Q5Gfz13o67QrOULz5DQ1wMsySVQYN2Jx-2mJk9jydQVRhsdbcYhQjjfgnPL3gqzbYTLYkeJ5JoOyPueBhwEWkw/s1600/umno+lwn+pkr.jpg
SelangorKiniOnline,
Kerajaan Negeri menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersifat profesional dan mengambil langkah proaktif dalam mencegah penerbitan dan pengedaran permit Selangor Terkini di Selangor.

Akhbar tanpa permit itu dikesan mula diedarkan sejak Januari lalu dan sudah diterbitkan tiga keluaran.
Pada 17 januari lalu Kerajaan Negeri melalui seorang pegawai kanan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, namun setakat ini tiada maklumat mengenai perkembangan terkini hasil siasatan itu.

Minggu lalu, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai bukti terbaharu bagi membuktikan pemimpin UMNO terbabit dalam pengeluaran dan pengedaran secara haram dan menggunakan lambang Kerajaan Negeri tanpa kebenaran.

Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Faekah Husin pada sidang media di sini hari ini, misteri siapa yang terbabit dalam penerbitan dan edaran Selangor Terkini terdedah apabila kalendar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang yang juga Ketua Penerangan UMNO, Abdul Shukor Idrus diedar bersama-sama akhbar Selangor Terkini.

Sebelum itu Abdul Shukor menafikan sekerras-kerasnya bahawa UMNO terlibat dengan akhbar berkenaan.
“Sikap merka yang suka ‘membaling batu tetapi sembunyi tangan’ ini tidak layak bergelar pemimpin Umno Selangor di bawah pimpinan Datuk Sri Najib Abdul Razak dan harus malu dengan tindakan sedemikian,”kata Faekah.

Beliau juga menyifatkan apa yang dilaku oleh pihak Umno dalam penerbitan dan pengedaran Selangor Terkini adalah pengkhianatan sebenar terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Sultan Selangor.

Tambahnya, Kerajaan Negeri sedia memberi bantuan kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan. Antaranya Kerajaan Negeri sedia memberi bantuan penyiasat persendirian bagi memastikan pihak yang bertangungjawab dapat dihadapkan ke mahkamah.

UMNO DAN MEDIA BARUA PENIPU

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad menegaskan laporan Buletin Utama berhubung penghapusan kuota perumahan Bumiputera di negeri ini hanyalah berita berupa propaganda untuk menipu rakyat. 

Jelas beliau, berita yang tersiar pada 21 Februari itu tidak tepat apabila hanya menyebut kuota perumahan di Selangor adalah 30 peratus. 

“Pada hakikatnya kuota tersebut adalah berbeza menurut daerah dan mukim iaitu dari 30 hingga 70 peratus,” jelas Iskandar dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, melalui beberapa siri perjumpaan dengan wakil pemaju iaitu Majlis Persatuan Hartanah dan Pemaju Perumahan (REDHA) memang telah dibangkitkan tentang pelepasan kuota secara automatik.Read More

Thursday, February 17, 2011

Teoh Beng Hok bukti kerajaan PR Berkebajikan.

Sebelum ini hangat diperkatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak menjaga kebajikan rakyat pelbagai kaum di Selangor namun ia dilihat sebagai satu tuduhan melampau dari parti lawan.

Bukti Pakatan Rakyat sebenarnya membela nasib pelbagai kaum adalah kes berkaitan kematian Teoh Beng Hok yang menyaksikan dua kali siasatan dilakukan.

Kerajaan negeri Selangor juga telah mengumumkan bahawa akan membiayai kes berkenaan selaras dengan manifeto PRU sebelum ini untuk menjaga kebajikan rakyat. Namun ia bakal menjadi isu kerana tuduhan yang akan dilemparkan oleh barua-barua politik tertentu tidak lama lagi.

UNISEL Kini Universiti Selangor

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/c/c9/UNISEL_Corporate_Logo.png
Universiti Industri Selangor (UNISEL) secara rasmi ditukar nama kepada Universiti Selangor berkuat kuasa serta merta.


Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini pada Rabu.
Beliau berkata pertukaran nama itu dibuat selaras dengan program penjenamaan semula UNISEL yang telah berusia 11 tahun dan bagi memenuhi cabaran masa kini. "Nama “Industri”, yang diberikan untuk memenuhi keperluan industri Selangor satu ketika dahulu, perlu ditukar selaras dengan perkembangan ekonomi.

"UNISEL perlu menjadi lebih komprehensif dengan menawarkan kursus-kursus bukan sahaja industri malah sains, teknologi, bahasa dan komunikasi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu. ReadMore

Lahirnya satu parti baru yang menhancurkan

http://feryco.com/wp-content/uploads/2009/12/zaid-ibrahim1-150x150.jpg
Presiden Kita (Kesejahteraan Insan Tanah Air) Datuk Zaid Ibrahim, pada Rabu mengesahkan bahawa parti itu telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Dahulunya dikenali seagai Angkatan Keadilan Islam Malaysia yang merupakan sebuah pertubuhan islam tetapi sejak beliau dilantik namanya telah ditukar dan konsepnya juga beruabah menjadi parti pelbagai kaum.
Dalam kenyataannya parti ini akan mula memilih calon, membuat dasar dan juga akan meletakkan calon termasuk di Selangor dalam PRU13 akan datang. Ini dilihat sebagai langkah yang cuba mengganggu perjalanan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di mata rakyat. Secara tidak langsung memberi sedikit bantuan kepada bn bagi memporakperandakan PR di Selangor agar bn dapat menguasai semula negeri berkenaan dengan mengurangkan kerusi PR di DUN Selangor.

Tuesday, February 15, 2011

MINYAK DAH TURUN, MALAYSIA BILA LAGI??

http://gigazine.jp/img/2007/08/31/ethanol_gasoline_2nd/745600_37369972.jpg
(Reuters) - Oil prices fell and world stocks rose modestly on Friday after Egyptian President Hosni Mubarak stepped down following more than two weeks of popular unrest that roiled financial markets.

"Sibuk je rakyat mintak turun!!! tunggula dulu menteri2 nak meeting mane tau 2-3 hari lagi minyak dunia naik!!!"

Harga minyak dunia jatuh. Harga minyak di Malaysia bila harga dah naik tak jatuh lagi kecuali rejim Barisan Nasional dijatuhkan. Inilah bukti rakyat maalaysia telah diperbodohkan. Padan muka sapa suruh bagi undi pada depa!!!

Monday, February 14, 2011

Malaysia hub Arak dan Loteri

arak dan judi halal di Malaysia?

Umno ngok sekali lagi cuba membuat gambaran buruk terhadap kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz apabila cuba menggunakan media barua bn bagi memperlihatkan kes pelacuran yang berleluasa di sana.

Tetapi mustapa mohaamed tidak langsung menyebut kaitan negara jiran yang sebenarnya menjadi penyumbang utama kes berkenaan. Ini jelas menunjukkan beliau sengaja mahu menjatuhkan kepimpinan islam di Kelantan.

Adakah loteri dan arak haram di sisi umno?

Kenyataan Mustapa Mohamed itu menjadi persoalan adakah umno mengharamkan Arak dan loteri? sekiranya itu berlaku mengapakah kilang arak yang terletak di Selangor tidak dihapuskan serta kedai-kedai yang menawarkan khidmat loteri turut tidak ditutup. Apa yang menjadi kebanggaan negara pula pusat perjudian terbesar di Malaysia terletak di Pahang iaitu negeri kepada Perdana menteri Malaysia. Mengapa isu ini tidak beliau (umno kelantan) tidak kupas.

mugkinkah jika khidmat pelacuran di Malaysia ini turut dikenakan cukai khas maka ia juga tidak akan diperkatakan oleh umno? ini kerana penjualan arak di malaysia telah dikenakan cukai oleh kerajaan, Loteri juga telah dikenakan cukai oleh kerajaan tetapi tidak pula ulama-ulama umno berani mempersoalkannya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqNcknt8ZjgLwNZm4esY2RMvPbQQfFEbcJTbOmVzZrqLeJ7MiSd5oPNFkxpVVMbPpDX1v-BbeVnaQvJmYa3s4VtRZPL1J7HTwK8Binh0-2L3NqGS0WffZlbd_XwyUlNzs1Br0rXsCs4RM/s400/MUSTAPA_MOHAMED.jpg
habloo beso
Jelaslah umno sebenarnya memang pandai memutar belit dan menipu rakyat yang memberi undi kepada merka namun rakyat 1Malaysia pula terpaksa menanggung dosa-dosa subhah kerana perbuatan mereka yang jelas telah membelakangkan ajaran islam sebenarnya.

Agama mana yang membenarkan minum arak dan judi?

Di Malaysia memang tidak dinafikan kita mempunyai pelbagai fahaman dan ajaran agama namun tidak satupun agama yang menerangkan kebaikkan akibat daripada meminum arak dan berjudi. Apakah yang umno ada bukti lain? semua agama di Malaysia telah menggambarkann bahawa judi dan araklah punca kepada masalah dan keruntuhan sesebuah institusi keluarga.

Adalah tidak relevan jika kerajaan bn sibuk membuat iklan dan risalah berkaitan yang menggambarkan kesan negetif arak dan judi sedangkan kerajaan sendiri memberi permit dan mengutip cukai berkenaan.

Ibarat "menyalak tepi bukit, bukit tak runtuh, tekak yang sakit"

Kesimpulannya mustapa mohamed tidak perlu cuba menunjukkan keburukkan yang tidak dilihat secara menyeluruh tetapi keburukkan kerajaan pusat secara jelas mengutip cukai arak dan judi tidak dlihat sebagai bertentangan dengan ajaran islam. Mungkin juga selepas ini cukai Pelajuran juga patut dilaksana...

Sunday, February 13, 2011

Akhbar provokasi pro umno terus fitnah Selangor

Media baru pro umno sekali lagi cuba mengelirukan rakyat dengan menipu dan menabur fitnah terhadap kerajaan negeri Selangor. Mereka membidas langkah yang diambil oleh kerajaan negeri yang mahu mengambil alih konsesi air dari Syabas yang dilihat selama ini telah menindas dan membebankaan rakyat.
Namun mereka (bn) tetap mahu menghalang dan menggagalkan proses pengambilalihan tersebut yang dikatakan membazir. Mereka ini dilihat seolah-olah menyokong tindakan Syabas yang mahu menaikkaan tarif air yang telah dimetrai sejak zaman bn memerintah di Selangor.

Tindakan mereka ini dilihat telah membelakangkan kepentingan rakyat dan mereka (bn) hanya akan terus menindas rakyat sekira mereka terus disokong oleh rakyat. Artikel berkenaan boleh dibaca di SELANGOR TERKINI yang merupakan akhbar yang cuba membuat provokasi jahat di Selangor.

KEMPEN PRU 13

Dengan inisiatif BP kami telah melancarkan logo bagi kempen Pilihanraya Kecil dan Pilihanraya umum ke 13, bagi menawan Putrajaya. Pastikan kita bersatu menumbangkan rejim bn di Malaysia dan mencipta sebuah negara Baru yang menjadi harapan Rakyat Malaysia.

Saturday, February 12, 2011

Forum Perdana : Jom Ikut Rasul mendapat sambutan

Forum perdana yang menampilkan ahli panel yang mantap telah menarik perhatian penonton sehingga akhir rancangan yang dilihat mampu mengembalikkan umat islam kepada ajaran Rasulullah dan islam. Tajuk "Jom ikut Rasul" telah menarik ramai pengunjung dari seluruh kawasan Daerah kuala Selangor yang terdiri dari pelbagai lapisan (kanak-kanak, golongan muda dan warga mas).

Dalam program yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Lembaga Pusat Zakat Selangor (LPZS) telah diadakan di perkarangan SRA Parit Empat Sekinchan Selangor turut dimeriahkan dengan persembahan dari kumpulan Divisyen dan bekas Vokalis kumpulan WINGS, ustaz Mel.

Program ini juga telah dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Kadi Kuala Selangor, MDKS, YDP Pas Kawasan dan beberapa pegawai lain.
Ini adalah salah satu acara yang dianjurkan oleh Jais dalam inisiatif bagi mendekatkan golongan muda kepada masjid. Para hadiri juga turut dijamu dengan makanan pada penghujung program.






















Pilihanraya Kecil ke 16 di Pahang

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi semasa dalam perjalanan ke Hospital. Sebelum itu beliau dilaporkan terjatuh dari bilik air rumahnya. Beliau sebelum ini seringkali mendapatkan beberapa rawatan kerana pelbagai masalah penyakit. Pihak BentengPakatanBlogspot mengucapkan takziah kepada keluarga Arwahyarham. Ini sekaligus menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil yang ke 16 selepas di Dun Merlimau...Read more


MCA mengguris hati umat islam

Kenyataan Timbalan pengerusi biro publisiti MCA Loh Seng Kok yang meminta rangkaian Media Prima menghentikan sebarang penyiaran berkaitan dengan Ustazah Siti Bahyah yang mengkaitkan amalan valentine dengan kristian yang menjurus kepada maksiat yang bakal berleluasa dilihat telah mennyinggung perasaan umat islam di seluruh negara.
tindakan biadap dan menghinaa islam

Adakah beliau ini tidak mengetahui undang-undang islam di negara ini? dan soalan kepada beliau siapakah pengasas valentine? islam atau kristian? jadi belaiu harus faham dan menghormati agama islam di negara ini yang secara jelas MENGHARAMKAN perkara yang berunsur maksiat ini. Biarlah anak anda bergaul bebas dengan orang lain tetapi islam tidak membenarkan orang islam membuat maksiaat!!!

Jika Loh Seng Kok berani membidas Siti Bahyah ini bermaksud beliau juga turut menghina Majlis Fatwa yang telah dikeluarkan. Jadi apakah tidakan najib untuk menutup mulut jahat anak buahnya??najib adalah orang islam dan amat pelik sekiranya beliau tidak mempertahankan dan berlembut dengan orang yang sanggup menghina agamanya sendiri.

Sila keluar dari Malaysia!!!

Kepada mana-mana pemimpin yang tidak setuju atau cuba menghina undang-undang islam sila keluar dari bumi malaysia!!!dan duduk lah di negara yang mengammalkan maksiat yang bebas!!!bersihkan malaysia dari maksiat sebelum bala Allah SWT datang bertimpa-timpa.....sudah lupakah anda kepada tragedi tsunami yang lepas?mahukah malaysia pula dilanda bala????

GAPS & PERKASA

http://www.pribumiperkasa.com/wp-content/uploads/2011/01/gapsperkasa.jpg 
Kepada dua pertubuhaan yang kononnya menjaga hak orang melayu dan islam masih berdiam diri macam orang bisu dan pekak. tiada reaksi dikeluarkan setakat ini....sekiranya Pakatan rakyat memberikan pandangan dari sudut yang berbeza mereka akan menyalak dan melalak agar sesiapa yang melawan di GANTUNG kerana menghina, tetapi agama mereka dipijak dan sedang diperlekeh adakah mereka akan menyalak?dan mahu orang itu  juga turut DIGANTUNG?!!

Rakyat Hakim Negara!!!

bayangkan kalau ini terjadi di Malaysia.....pastinya bn akan bungkus!!!!oleh itu sedarlah dan terlalu angkuh kerana anda adalah kuli kepada rakyat wahai pemimpin....
Selanjutnya

Thursday, February 10, 2011

MUNAJAT & CERAMAH PERDANA DI KEDAH


datanglah beramai-ramai bagi menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat di Malaysia!!!!

Tuesday, February 8, 2011

Bekas EXCO umno Selangor didakwa RASUAH

Mahkamah Sesyen di Klang hari ini memerintahkan bekas anggota exco kerajaan Selangor Datuk Mohd Shariff Jajang membela diri terhadap tuduhan rasuah berhubung satu permohonan tanah di Sepang 14 tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapat kes prima facie terhadap Mohd Shariff, 67, yang juga bekas ADUN kawasan Dengkil.

Mahkamah menetapkan 4, 6, 7 dan 8 April ini bagi Mohd Shariff membela diri.

Seramai 32 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada tahun 2004. Selanjutnya

Media Pemfitnah di saman


Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Mei ini untuk mendengar kes saman yang difailkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kerana menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya pada 11 September 2009.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh tersebut selepas kes itu disebut di hadapannya hari ini, lapor Bernama.

Dalam saman yang difailkan tahun lepas, Khalid yang juga Pesuruhjaya PAS Shah Alam, menamakan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Utusan Malaysia dan juga akhbar Mingguan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan penerbit juga pencetak akhbar Utusan Malaysia dan juga Mingguan Malaysia sebagai defendan. Read More

SIAPA LEBIH MEMBAZIR?

GAPS haprak kata kerajaan Selangor membazir membiayai Adun kerajaan negeri yang difitnah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXc0vAIV-6v1wIJwGI5UbjSZFhqGmZwGLDq1yQhvrVb_hUVfQ8ojBtwCA4ngnLEz956U4WcDDVjLuDoTP7nUrWKWBzKjtqzc-i_mq8Wf6RWwAGmPreHWm_1Nfe7ZCoWT-T7UEg8o-h6-s/s1600/ADUN_mStar.jpg

Tapi GAPS Haprak tidak pula kata ini telah membazirkan wang rakyat.....

Nurul Izzah: Jejantas apa RM70,422 semeter?

pembinaan jeti nelayan yang sengget dan masih belum siap

stadium terengganu yang runtuh, nyaris2 Agong kene...
Memang sah la GAPS ini tidak berakal.....fikir tak panjang, lebih teruk dari budak sekolah....HAPRAK

Felda Bakal Porak Peranda


Melihatkan perlantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan yang sebelum ini penuh dengan salah lakunya sebagai Pengerusi Felda yang baru akan memberi kesan langsung kepada Felda.

Mungkin bn kini ketandusna pemimpin yang berkaliber atau suka memilih calon yang mempunyai sejarah politik kotor sebagai pemimpin masyarakat. apakah nasib rakyat terutamanya yang bernaung di bawah Felda? adakah ia akan membantu ekonomi atau sebaliknya menjadi bankrupt? Apa yang penting kekayaan isa samad bakal bertambah dan bertambah dan golongan pekerja felda akan diperah hasil mereka untuk kekayaan kroni.

Adakah akan dipecat?

Ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memberikan pendapat dari segi kesan ekonomi berikutan perlantikan kaki rasuah berkenaan dan adalah menjadi kebimbangan kerana mungkinkah beliau bakal ditekan pihak atasan? kritikan negetif beliau terhadap kaki rasuah itu dilihat akan memberi kesan mendalam terhadap kerjaya beliau sekarang. Sama-samalah kita berdoa agar kemenagan tetap bersama orang yang benar

Khusrin dapat tugas pertama

Tanggal 7 Feb 2011 Khusrin (SUK Kontroversi) akhirnya telah dipanggil menghadap menteri besar Selangor selepas kerajaan negeri bawah pimpinan pakatan rakyat gagal memperoleh majoriti 2/3 undi bagi mengembalikan semula kuasa sultan untuk melantik SUK dan pegawai kewangan negeri yang sebelum ini telah dirampas oleh kerajaan pusat.

Tugas pertama beliau adalah bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.

"Mohammed Khusrin juga disarankan mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

"Selain itu, SUK diminta menyediakan laporan dari semasa ke semasa kepada kerajaan negeri mengenai maklumat terkini hartanah milik Kerajaan Selangor, demi mengenal pasti nilai tanah yang terbiar dan bermasalah," menurut kenyataan itu.

Selain itu, Abdul Khalid mahu Mohammed Khusrin meneruskan usaha-usaha menangani masalah kecurian pasir yang boleh mengganggu pendapatan kerajaan negeri dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah menunjukkan kejayaan cemerlang menerusi peningkatan pembayaran royalti yang berlipat kali ganda sejak 2008.

Persoalan yang bermain difikiran sekarang adakah Khusrin akan menaikkan imej Pakatan Rakyat atau akan membuat provokasi?

Perlantikan beliau amat disokong oleh bn dan mereka sanggup bermatian pertahankan perlantikan SUK ini walaupun dengan cara yang tidak sihat. Adakah isu setinggan akan selesai? atau peristiwa yang berlaku pada zaman bn di Selangor dulu akan berulang?

 peristiwa pada zaman bn di Selangor

Lihat sahaja kekecohan yaang berlaku pada ketika itu mereka menggunakan segala medium bagi menghalang penduduk melawan. Itulah kebimbangan yang dikhuatiri bakal berulang akibat provokasi orang tertentu yang mahu Pakatan di Selangor tumbang.

http://media1.malaysiakini.com/273/f952c060d40e7b6b6d32001d3663cb7f.gif

Isu pasir di Selangor kini telah selesai dan terbukti daripada hasil kerajaan sekarang telah membuktikannya bahawa Selangor boleh memperolehi pendapatan lumayan yang boleh diguna semula untuk pembangunaan rakyat. Tetapi sekiranya ada pihak cuba menggenakan kerajaan Selangor pastinya ia juga akan berulang seperti dahulu dan akhirnya akan merosakkan imej Pakatan Rakyat. Kebimbangan ini bukanlah berniat sebagai tuduhan kepada pihak tertentu tetapi adalah lebih baik kita berjaga-jaga sebelum provokasi dilakukan. Bn juga akan menggunakan segala saluran medium bagi menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat agar mereka dapat menguasai semula lubuk kewangan di malaysia ini.