Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Saturday, July 7, 2012

PANAS!!! Kontraktor Selangor bantah cadangan Menteri Kerjaraya

Pada 29 Jun 2012 yang lalu semua proses pembaharuan dan tambah bidang kerja di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) telah dibekukan sementara sehingga September 2012 ini berikutan Kementerian Kerja Raya (KKR) membuat sistem pendaftaran baru "One ROC".

Sistem ini membolehkan para kontraktor membuat pembayaran pembaharuan dan urusan berkaitan hanya pada satu tempat dan CIDB akan mengambil alih kedudukan Pusat Khidmat Kontraktor pada masa kaan datang.

Perubahan sistem ini sekaligus menyaksikan kelas pendaftaran lesen PKK (A-F) akan bertukar kepada (G1-G7) sahaja dan PENDAFTARAN lesen baru bagi G1(F) akan dibuka semula yang bakal menyaksikan taraf G1 sebelum ini hanya untuk BUMIPUTRA akan wujud G1 'BUKAN BUMIPUTRA".

Menteri Kerja Raya yang tidak membela nasib kontraktor

Pelbagai perbincangan dan proses penerangan kini sedang giat dijalankan namun rata-rata para kontraktor F tidak berpuas hati dengan tindakan Kementerian Kerja Raya di bawah Shaziman Abu Mansor. Mereka menganggap proses ini sebenarnya akan menutup periuk nasi kaum bumiputra.

Kini mereka dilihat sebagai "silent protest" kerana kerajaan Pusat tidak lagi membela nasib kaum bumiputra.

Peluang besar ini dilihat sebagai "BONUS" kepada Pakatan Rakyat sekiranya dapat berbincang dan membantu membela nasib kontraktor bumiputra, seluruh para kontraktor di Malaysia akan memberikan 100% sokongan kepada Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment