Kerajaan Selangor percaya tawaran itu ditolak kerana ada kaitan kekurangan bon yang bakal dihadapi syarikat konsesi dalam waktu terdekat. Ini disebabkan Syabas gagal membuat bayaran-bayaran yang menepati masa dan mencukupi kepada syarikat pembekal air bersih iaitu Abbas dan Splash.
“Walaupun Syabas gagal membuat bayaran sepatutnya kepada dua pembekal air bersih, tetapi pada masa yang sama Syabas mampu membayar dividen dan membayar gaji yang tinggi kepada Ketua Pegawai Eksekutif sebanyak RM425,000 sebulan,” jelasnya.
Justeru itu menurut beliau, kerajaan Selangor mengulangi keperluan pembaharuan terhadap penswastaan air yang berat sebelah yang telah menafikan hak rakyat untuk mendapat perkhidmatan air yang berkualiti dan cekap pada harga berpatutan. read more








No comments:
Post a Comment