Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Wednesday, May 18, 2011

PERHIMPUNAN AGONG UMNO BAHAGIAN SG. BESAR LENGANG

Tanda-tanda umno akan tewas di Selangor semakin ketara apabila sebahagian besar ahli umno bahagian Sg. Besar dilaporkan tidak hadir ke perhimpunan Agong umno bahagian itu. Ini berikutan kegagalan kerajaan pusat yang diperintah unmo/bn gagal mentadbir negara dengan telus dan telah lari dari slogan "Rakyat Didahulukan". Keagalan ini dibuktikan oleh kenaikkan harga barang dan minyak yang tidak terkawal dan konspirasi fitnah yang dilakukan terhadap Pakatan Rakyat.

Dewan yang kapasitinya boleh memuatkan ratusan orang itu lengang dan hanya dipenuhi dengan kerusi kosong sahaja. Ini memberi isyarat jelas umno semakin ditolak dan harapan untuk menawan Putrajaya mungkin berjaya sekiranya momentum ini berterusan sehingga parlimen dibubarkan.

lihat bukti video



Monday, May 16, 2011

Kenyataan banggang: Zahid tidak layak jadi menteri

Naib presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan isu ugutan yang didakwa diterima ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, yang mendakwa anaknya akan diculik jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersara daripada dunia politik, sebagai 'reverse psychology'.

NONE"Ini bagi menyatakan bahawa mereka berada dalam keadaan tertekan, dan tentunya perkara ini akan menarik simpati mereka yang berada dalam kumpulan yang sama, ataupun mereka yang berada di atas pagar," katanya.

Ini jelas menunjukkan sikap sebenar umno yang mengamalkan politik kotor dan jahat. Mereka akan menggunakan pelbagai taktik jahat untuk menatuhkan lawan.
Kenyataan yang keluar ini lebih buruk daripada kenyataan rakyat yang bersembang di kedai kopi dan ternyata beliau tidak mencerminkan sifat profesionalisme dalam memberi kenyataan berkaitan.

Amat dukacita sekiranya kita masih meletakkan calon ini sebagai wakil rakyat kerana tidak sensetif dengan ugutan jenayah.

Adakah perasaan beliau sekiranya ugutan itu ditujukan untuk beliau? kenyataan Zahid ini ternyata banggang yang sedikitpun tidak mencerminkan jawatan yang disandang kini.

Apa pula kalau anak beliau yang akan diculik oleh penjenayah terbabit????

Pendirian Polis

Selepas laporan polis oleh Nurul Izzah adakah pihak berkuasa berkenaan akan menjalankan siasatan telus atau sekadar melepaskan batuk di tangga? sedangkan rakyat sudah sedia maklum polis hanya bekerja untuk umno dan bukan rakyat. Jika dilihat polis juga seperti menjaga kepentingan individu tertentu sahaja dan tidak melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang termaktub dalam akujanji mereka.

Amatlah menyedihkan sekiranya kes ini diambil mudah oleh mereka dan hanya menjaga anak-anak kenamaan sahaja. Adakah umno membayar gaji polis? semestinya tidak. Sebaliknya rakyatlah yang membayar gaji pasukan berkenaan dan sila hormat pada kehendak rakyat.

Wednesday, May 11, 2011

Rosmah dapat duit daripada penderitaan rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3TwsWAHafNK_e4saDZXEz4dFkamjRcO8Zy0PEfPQjNJPYoL-jum7vVfAIOFSQJH22Pd91gLPQ53M0AoIWvKaCtJYcWRm5Cqi8lxjZAjevj688ij7vRYP9bOlByB0XxlV4KKAptURZJh-X/s1600/permata+rosmah.gif
MENGAPA?

Alasan kenaikan gula daripada kerajaan, tegasnya, ialah ia akan menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen.

"Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara.

TETAPI

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan RM111 juta untuk 2011 kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dipengerusikan oleh Datin Rosmah.

"Apa lebih PERMATA, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta.

MEMANG TAK PATUT!!!

"Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja," 

Tuesday, May 10, 2011

Taktik jahat umno untuk rampas Selangor terbongkar


Jika sebelum ini umno/bn menafikan dakwaan kononnya pakatan rakyat mereka cerita bahawa umno/bn membawa banyak undi baru yang meragukan untuk merampas Selangor dari Pakaatann Rakyat, namun kini semuanya terbongkar apabila terdapat bukti kukuh memang umno menggunakan taktik kotor untuk menngukuhkan kedudukan sekali gus mahu merampas Selangor dengan apa jua cara sekalipun.

Timbalan pengerusi PKR selangor, Zuraida Kamaruddin pada sidang media hari ini menunjukkan kepada wartawan surat yang didakwa bukti Umno menyalahgunakan proses kerajaan.

Surat bertarikh 23 Mac dari ketua Umno bahagian Hulu Selangor Mohamed Idris Abu Bakar dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri dan naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Utusan Malaysia bakar sentimen perkauman

Selama ini media kerajaan telah  menyatakan bahawa sumber berita mereka merupakan pendirian kerajaan dalam pelbagai isu. Ternyata konsep yang yang cuba dibawa oleh umno kepada pengundi bertentangan dengan konsep 1Malaysia. 

Mereka hanya mahu mempermainkan rakyat dan telah merangka skrip jalan cerita untuk menjatuhkan pakatan rakyat dan menghasut pengundi melayu agar kembali kepada umno/bn.
Pada pendapat penulis umno/bn semakin terdesak dan sangat bimbang perkembangan terkini kerana rakyat telah memberi isyarat jelas bahawa mereka menolak umno/bn dan ini dibuktikan dengan keputusan PRN Sarawak di mana bn Sarawak kehilangan 8 lagi kerusi DUN yang menjadikan keseluruhan hilang 16 kerusi sejak pemeritahan bn.

Ini menunjukkan umno/bn semakin terdesak untuk mendapat sokongan rakyat bagi mengekalkan kerajaan pusat di tanggan mereka. Jadi pelbagai siri penipuan dan fitnah cuba dimainkan namun gagal mendapat perhatian rakyat.
Berikutan itu media dan saluran pro kerajaan akan dikerah untuk membuat satu lagi drama agar rakyat terpengaruh dengan situasi semasa negara seterusnya umno akan digambarkan menjadi hero dalam menangani isu tersebut dan kembali mendapat sokongan rakyat.

Dalam isu terbaru yang cuba dimainkan ialah "Kristian Agama Rasmi" apabila kerajaan pakatan rakyat mentadbir Malaysia merupakan satu konspirasi sangat jahat. Ini menunjukkan umno seakan mahu menghuru-harakan negara untuk kekal berkuasa. Mengimbau kembali tragedi berdarah 13 Mei, ada pihak tertentu yang sengaja mencetuskan isu perkauman sehingga berlaaku pertumpahan darah dan negara berada dalam keadaan darurat..
Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj telah menjelaskan bahawa tragedi itu adalah angkara orang dalam yang menjadi musuh dalam selimutnya ketika Malaysia baru dalam pembentukan. Konspirasi ini telah dimainkan oleh individu tertentu yang mahu menarik perhatian agar beralih kepada sesuatu idealogi.


Begitu juga dengan keadaan politik negara yang kini Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat. Kerajaan negeri yang berada di bawah pakatan rakyat dilihat sangat telus dan lebih terbuka dalam mebela nasib pelbagai kaum termasuk melayu. Amalan demokrasi yang dipraktikkan ternyata memberikan ciri sebenar yang diidamkan oleh rakyat. Pun begitu kerajaan pakatan tidak lari daripada tekanan musuh politik namun kesemua tuduhan yang dilemparkan dapat ditangani dengan baik dan terbukti dengan laporan ketua andit negara yang melihat aliran perbelanjaan wang kerajaan telah digunakan dengan sangat baik dan telus.
Isu 'Kristian Agama Rasmi' dilihat sengaja di buaat oleh umno/bn untuk mengapikan rakyat untuk menjatuhkan pakatan dan apabila rakyat terpengaruh dengan dakyah jahat mereka, Pilihanraya umum akan diumumkan. Sebelum berlakunya PRU 13 ini, segala persiapan dan perancangan jahat mereka telah di susun seperti daftar pemilih baru, pertukaran daerah mengundi, kempen menggunakan media umno/bn, mengeluarkan dana luar biasa untuk pamcing undi.