Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Monday, January 31, 2011

Siri Projek Pembaziran wang rakyat

Jeram-Projek jeti ini adalah milik Lembaga Kemajuan Ikan Malahysia LKIM atau Jabatan Perikanan Malaysia....yang mana ke dua-duanya terletak di bawah Kementerian Pertanian Malaysia...Siapa mamat yang jd menteri pertanian sekarang? projek juga sukar nak tembus akibat kroni...kroni...kroni....dan inilah hasilnya.....Bangunan yang masih baru dibina dan belum pun siap sepenuhnya dan condong.....apa consultant xd tauliah ke yang kementerian lantik?ke ada yang besar perut?....sprm mana?!! jomla lawat2 tapak ni...kesian kontraktor yang membinanya keje separuh nak mati tp ini yang jadi.....lesen dorg tak taulah apa jadi..... projek ini dianggarkan melebihi 200,000 nilai tender....banyak tu duit rakyat terbakar...siasat jangan x siasat....cepat2 cari kambing hitam!!



Sunday, January 30, 2011

Tenang: Keputusan Game Over

http://thestar.com.my/archives/editorspick/images/017292491_johorFloods3001.JPG
UPDATED
Keputusan rasmi

BN 6,596, PAS 2,698. Majoriti BN mendahului 3,628. Peratus keluar mengundi 65.02 peratus. Jumlah pengundi 9,593. 

bersiap sedialah untuk digadaikan tanah2 di sana

Kerajaan Selangor peruntukkan RM100,000 untuk baki gelanggang Futsal

SelangorKiniOnline,
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM100,000 bagi kerja-kerja baik pulih enam gelanggang futsal di seluruh Sabak Bernam termasuk Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam melalui Program Mesra Belia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, pihaknya menerima aduan daripada masyarakat setempat, khususnya golongan belia berikutan kerosakan yang terdapat di gelanggang futsal kawasan mereka.
http://2.bp.blogspot.com/_R6Y-1SztmxY/S3y_p0YcJ_I/AAAAAAAAARQ/1-8vXw2Br-M/s400/ng+sue+lim.jpg
Adun Sekinchan Ng Sue Lim

Menurut Ng Suee Lim, aduan yang diterimanya itu dipanjangkan ke Jawatankuasa Belia Selangor untuk diambil perhatian.

“Aduan yang diterima kita panjangkan ke Jawatankuasa Belia Selangor dan mendapat peruntukan lebih kurang RM 100,000 untuk membaik pulih enam gelanggang futsal berkenaan.

Ng Suee Lim berkata, pihaknya memandang berat keperluan rakyat setempat kerana gelanggang tersebut bukan sahaja dijadikan tempat untuk bermain futsal malah menjadi tempat riadah masyarakat setempat khususnya generasi muda bagi mengelakkan mereka terjebak dalam kegiatan tidak bermoral.

Proses baik pulih enam gelanggang futsal ini akan melibatkan pembaikan pagar keliling, lampu, lantai gelanggang dan beberapa kemudahan lain kawasan futsal berkenaan.

Jelas Ng Suee Lim, kerja-kerja baik pulih enam gelanggang futsal ini akan dilakukan serentak dan dijangka siap sepenuhnya sebelum Februari.

Tambah Ng, pihaknya turut berharap penduduk kawasan terbabit menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin.

Bumbung Hospital Serdang Runtuh

Hospital Serdang yang baru beroperasi lima tahun telah menggemparkan berikutan bumbung lobi hospital ini dikatakan tiba-tiba runtuh dan hampir mencederakan beberapa orang yang berada di tempat kejadian. Hospital ini bernilai RM771,935,116.00 ini yang bertempat di Mukim Dengkil Daerah Selangor.

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2011/01/x2_461401d.jpg
Pembaziran wang rakyat dan siasatan terperinci perlu dilakukan. SPRM amatlah dialu-alukan untuk meninjau-ninjau apa yang patut. yang pastinya proek ini dibina pada zaman bn memerintah Selangor. Nasib bumbung runtuh kalau bangunan yang runtuh apa pulak komen kementerian kesihatan dan kementerian kerja raya...

Tan Sri Khalid Pemimpin berjiwa rakyat

Tan Sri Khalid bersama isteri sempat meluangkan masa bersama rakyat daripada kaum cina di Ijok yang bakal merayakan perayaan tahun baru cina minggu depan. Masyarakat di sana sangat gembira dengan kehadiran Menteri Besar Selangor itu yang sentiasa berjiwa rakyat dan prihatin dengan rakyatnya.

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2011/01/5802.jpg 
http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2011/01/26.jpg 

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2011/01/49.jpg

Tenang: Cubaan beli undi di Tenang?

Tenang telah dicemari oleh agen-agen yang dipercayai barua MCA yang didakwa cuba membeli undi di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan di Dun Tenang lapor Malaysiakini. Apakah polis double standard akan menyiasat kes ini?? Mereka juga didakwa cuba bertindak ganas tetapi Liew (agen DAP) memberitahu bahawa penyokong Pas akan tiba di tempat mereka meyebabkan barua MCA itu kembali takut dan mengiggalkan tempat tersebut.

Ini adalah bukti bahawa Bn memang jahat dan suka main belakang!! Apa polis akan buat dengan bukti ini??Sumber

3 orang ini yang dipercayai barua MCA

cek yang tertera MCA CAWANGAN TENANG

cek koyak yang dijumpai di sekolah berkenaan

Pengundi Tenang dirayu memberi sokongan pada PAS

Kami sokong PAS!!


PKR PERLU SARINGAN LEBIH KETAT

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2008/12/02/NEWS_PKRLogo.jpg
Melihat situasi yang menjadi fenomena biasa apabila Adun atau Ahli Parlimen PKR kini mula banyak menjadi katak atau lebih sesuai digelar Pengkhianat parti apabila tidak dapat menerima keputusan Pimpinan atasan berhubung dengan sebarang tindakan parti tersebut.

Bermula dengan peristiwa di Perak apabila Adun daripada Pakatan rakyat yang kabur dengan wang dan kebendaan mereka sanggup menggadai maruah demi mencapai matlamat peribadi. Dan ini dibantu oleh bn dalam menghancurkan pimpinan yang dipilih oleh rakyat sendiri dalam saluran yang demokrasi (Pilihanraya). 

Ini adalah sejarah yang akan kekal terpahat di Malaysia apabila sekali lagi MP Padang Serai mula mengkritik dan mempersoal kepimpinan DSAI. 

Gobala dilihat dari awal penyertaannya dalam PKR banyak kepada SEKULAR dan apabila Zaid Ibrahim yang sebelum ini menyokong dasar PKR juga berpaling tadah maka telah wujud atu parti baru di Malaysia iaitu KITA yang secara terang mengakui mereka adalah sekular.

Mungkin ini adalah pengajaran kepada PKR dan mungkin juga kita tidak boleh menyalahkan PKR secara total apabila tsunami politik melanda negara dengan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat sekaligus menyasikan beberapa negeri dapat dirampas oleh Pakatan rakyat.

Jika kita melihat urusan sebelum PRU12 yang lalu mungkin PKR tidak dapat menentukan calon-calon yang betul-betul layak bagi menentang bn. sistem tangkap muat dan "Kipas" banyak digunakan untuk mengaburi pimpinan atasan agar individu yang tidak setia pada parti turut mengisi kerusi dalam PRU yang lalu.

Adalah diharapkan PKR akan lebih tegas dalam memilih bakal calon mereka yang lebih berintergriti dan setia kepada parti. Tidak dinafikan umno sebenarnya lebih parah berbanding PKR tetapi pimpinan mereka menggunakan pendekatan penyelesaian secara dalaman dan ini disokong oleh penggunaan media kroni dalam mengaburi masalah yang umno hadapi.

"Berkatalah benar walau ia pahit" mungkin itu lebih sesuai untuk PKR dalam memilih dan menaikkan imej perti mereka di mata rakyat. Pastikan mereka yang setia dalam atau semasa jatuh bangkit Parti sahaja yang diberi kepercayaan dalam PRU akan datang. Hapuskan segera musuh-musuh dalam selimut agar agenda parti yang mahu membela kebajikan rakyat terus dilaksana dan sekali gus mencapai objektif merampas Putrajaya daripada bn.

Saturday, January 29, 2011

Tanah Terjual











Kalau rakyat tenang memilih gula-gula daripada geng ini maka tunggu sahaja akibatnya kahkahakah....silap-silap makin banyak lah tanah dilelong kahkahkah.....undi bagai nak rak pastu tanah pengundi kene jual hahahah merempatlah sapa undi geng ni hahahahah...dulu dah buat sekarang kalu dah ada kuasa makin merana la penduduk di sana haahahah....tunggu aja apa tindakan mereka....Binasa Negara

Peluang Badrul Semakin tipis kekalkan kerusi DUN Pelabuhan Klang

http://i845.photobucket.com/albums/ab20/aentili/badrulsmall.jpg
Adun Pelabuhan klang yang telah mengkhianati undi rakyat terhadap beliau
Harapan Adun Katak Pelabuhan Klang untuk mempertahankan kerusi bakal menemui kegagalan apabila gagal mendapatkan perintah interim untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Bagaimanapun Badrul Hisham mempunyai sedikit harapan tipis apabila mahkamah bersetuju untuk mendengar rayuan permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan injunksi terhadap SPR pada 7 Februari. Bagaimanapun SPR dilaporkan telah mengadakan perbincangan mengenai kekosongan kerusi tersebut lapor Malaysiakini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwtUmVihF9lURcox0MJIYsrTk66eNm-L35QxgK-tVV8X7kkdOyAprgOlgETccjgDRaMahvI3yYDdSZGnNgY-vCP3KMFIa0O3SYdDfAWmWMFoQa5Vi1XBEGGq5VBexQPesfWoVzubVAmvUJ/s320/N46+Port+Klang.gif 

Kerusi DUN Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim pada 19 Januari lalu.

Menurut Teng, ia ekoran penyandang kerusi tersebut, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih enam bulan.
Walaubagaimanapun mahkamah menasihatkan pihak yang terbabit agar tidak membuat sebarang keputusan sehingga permohonan Badrul Hisham didengar pada 7 Feb ini.

Jentera Pakatan Selangor diminta agar sentiasa bersedia mnghadapi satu lagi siri pilihanraya kecil yang bakal memberi tamparan hebat kepada umno/bn. Sokongan padu dari semua sayap pakatan harus dikumpul dan dikerah agar kita memperoleh majoriti besar sebagai isyarat jelas bahawa umno tidak diperlukan di Selangor.

Selain itu ini juga dapat membalas kembali perbuatan Adun katak yang telah mengkhianati undi yang rakyat berikan di bawah payung Pakatan Rakyat. Pastikan Selangor bersih daripada umno/bn buat selamanya...

Sistem Ujrah PTPTN satu penipuan

Pendedahan Ekslusif

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-cIFmDLT8Ml4ombnspwRVIyKq_NL7pLsutSXx7oF-zb9gvsu-XqIc5kMmYMAzwhd7RZbooMm6E4o8xUmS-4qIoiZxY-A_FkfL5TkkhezTF-MRi4Mr886ghjm7X4_ZgR9lljkxPUvGqbU/s320/PTPTN.jpg

[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah
 
super sensitif: baca atas risiko sendiri. Ini adalah pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi AFN

Salam,


1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara clean atas topeng Syari`ah.


ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.


Sila rujuk juga artikel berikut:
al-fikrah.net/index.ph...mp;t=19473


apa-apa pun itu dilihat sebagai cara kerajaan bagi meramaikan peminjam PTPTN bankrup.

Friday, January 28, 2011

Pesanan buat penduduk DUN Tenang

kalau anda rasa hidup selesa dengan segala benda dalam keadaan daif- undi BN
kalau anda rasa mahu terus hidup dalam kepompong kemiskinan- undi BN
kalau anda rasa tidak mahu pembangunan seimbang dengan taraf ekonomi semasa- undi BN
kalau anda rasa seronok tidak dipedulikan selepas umno menang PRK Tenang - undi BN
harga barang naik lepas taun baru cina- undi BN

TAPI

kalau anda rasa mahu ubah kehidupan yang lebih selesa- undi PAS
kalau anda rasa sudah lama ditipu soal pembangunan tempat anda- undi PAS
kalau anda rasa mahu bantuan umno/bn mencurah2 lepas ini - undi PAS
kalau anda mahu tengok macamana kedaan umno bila kalah- undi PAS

CONTOHI

kami rakyat Selangor/Kedah dan P. Pinang sudah buktikan yang kami mula bangkit dan sedar akan penipuan bn selama ini yang menindas!!!

AYUH BANGKIT UBAH KEHIDUPAN UBAH PENDIRIAN!!! RASAILAH KAMJUAN YANG KAMI RASA DI SELANGOR/KEDAH/P.PINANG DGN KERAJAAN PR!!!

UNDI PAS-MEMBAWA KESEJAHTERAAN
UNDI BN- BINASA NEGARA!!

http://pemudasarawak.files.wordpress.com/2008/12/undi-pas1.jpg

TPM & Markom Guna taktik ugut suami calon PAS


Taktik hina yang cuba digunakan TPM agar Suami kepada Normala (calon PAS) di DUN Tenang dilihat sebagai ugutan dan tanda amaran kepada semua kakitangan kerajaan yang cenderung kepada Pakatan Rakyat.

Ahli Nujum negara telah memerintahkan Tukang Karut Negara agar satu siasatan dijalankan dengan menggunakan segala sumber dan saluran jabatan agar Ma'arof Abd Talib pada penghujung siasatan dilihat sebagai bersalah dan bakal berhadapan tindakan disiplin.

Tukang karut yang kononnya bersih daripada unsur politik sungguh gembira dengan arahan itu. tetapi adakah salah laku kakitangan guru-guru yang lain ada disiasat?

Di Selangor terdapat sebuah sekolah yang menempatkan guru secara berpasangan (suami isteri) sedangkan guru yang menentang ditukarkan ke tempat lain. Sungguh Rasis dan keji. Sepatutnya siasatan perlu dijalankan terhadap kes2 seumpama ini dan bukan bermotifkan politik. Mana peraturan yang membenarkan guru berpasangan duduk satu sekolah. Mintak muhiddin jawab atau letak sahaja jawatan kerana tidak tahu potfolio sebagai menteri berkaitan.

Dari hidup menyusahkan orang lebih baik dua-dua letak jawatan tanam sawit dpat duit tidak menyushkan orang lain.....

Selangor tetap akan ambil konsesi air

http://media1.malaysiakini.com/298/2c26e51eb8dda1351620e89715ca5f99.gif

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengulangi akan terus komited dalam urusan pengambilalihan syarikat konsesi air di Selangor demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat di Selangor khususnya.

Pengambilalihan ini dilihat sangat perlu kerana syarikat yang sekarang diterajui oleh SYABAS dilihat semakin menindas rakyat apabila tarif air yang tidak pernah turun akan dinaikkan lagi sehingga 37% dengan alasan tanggungan kos pengurusan syarikat itu berkenaan air.

Dalam kenyataan syarikat konsesi itu sebelum ini bahawa dokumen tawaran kerajaan negeri yang diberikan tidak terperinci dan kabur sungguh berniat jahat dan alasan mereka dapat melengah-lengahkan proses pengambil alihan tersebut.

Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan? sedangkan ia jelas sedang memberi bebanan dan tekanan kepada pengguna air di Selangor yang bakal berdepan dengan tarif air yang sangat tinggi akan datang jika kerajaan tidak mengambilalih konsesi tersebut.

AIR SELANGOR UNTUK RAKYAT SELANGOR!!! KEMBALIKAN HAK AIR KEPADA RAKYAT SELANGOR!!!

Selanjutnya

DUN Tenang: Calon umno pernah Terlibat dalam lelongan haram?

KENYATAAN AKHBAR
CALON UMNO (TOK AI) TERUS BERBOHONG

http://media1.malaysiakini.com/321/6087130ef73e29466c898a38ad391119.jpg 

Laporan akhbar “Azahar unfazed by allegation” (The Star 28/1/2011) jelas membukti- kan calon Umno bukan sahaja enggan mengakui keputusan Mahkamah tentang lelongan haram yang beliau lakukan malahan ianya membuktikan bahawa calon Umno terus dan terus berbohong kepada pengundi di DUN Tenang dan rakyat Malaysia umumnya.

Meskipun pendedahan yang Pas lakukan ke atas calon Umno sebelum ini bersandarkan fakta-fakta yang benar dan tepat yang disokong oleh dokumen-dokumen Mahkamah, calon Umno masih tidak malu untuk terus berbohong kepada rakyat di DUN Tenang.

Kenyataan calon Umno secara terbuka bahawa beliau bukan pihak yang disaman dan hanya semata-mata menjadi saksi dalam kes yang didedahkan oleh Pas menunjukkan calon Umno masih menganggap rakyat di DUN Tenang adalah golongan yang tidak cerdik dan tidak dapat membezakan antara pihak yang disaman dengan seorang saksi.

Tidakkah kenyataan calon Umno tersebut secara jelas cuba menghina rakyat DUN Tenang dengan menganggap mereka tidak mengambil peduli sama sekali sama ada calon Umno mempunyai integriti, kredibiliti dan kelayakan bagi mewakili rakyat DUN Tenang.

Kita ingin bertanya kepada calon Umno bagaimanakah beliau dengan secara mudah menyatakan bahawa beliau hanya seorang saksi dalam kes lelongan haram yang beliau lakukan ke atas hartanah seluas 8 ekar milik Mansor bin Mohamad sedangkan Yang Arif Hakim Dato’ Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah secara jelas pada 29/1/2008 memutuskan bahawa hartanah Mansor dilelong secara haram oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah yang bertanggungjawab mendengar siasatan hartanah Mansor dan kemudiannya mengeluarkan notis lelong hartanah tersebut.

Adakah calon Umno ingin terus menghina daya intelektual rakyat Tenang dengan menyatakan bahawa Yang Arif Hakim Dato’ Asmadi Bin Haji Asnawi tidak arif atau tidak tahu membezakan antara saksi ( witness ) dan pihak ( party ) dalam tindakan saman Mansor. Kami melihat kenyataan calon Umno ini boleh juga dianggap menghina Mahkamah.

Adakah masuk akal jika calon Umno hanya menjadi seorang saksi dalam kes lelongan haram tanah Mansor beliau masih dijadikan sebagai pihak iaitu sebagai Defendan Pertama dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas beliau iaitu kes Guaman Sivil No : 23-14-2009 di Mahkamah Tinggi Muar.

Dengan kenyataan calon Umno yang terbaru ini kita tertanya-tanya adakah calon Umno tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana kenyataan beliau yang terbaru ini menunjukkan beliau seolah-olah bertindak di luar sedar.

Adakah rakyat Tenang ingin terus dihina oleh calon Umno dengan membiarkan beliau terus dan terus berbohong kepada rakyat Tenang.

Sidang Akhbar PAS PRK N.05 Tenang

Hj Dzulkefly Ahmad
Timb.Pesuruhjaya PAS Johor
MerangkapPengarah Operasi PRK N.05 Tenang
28 Januari 2011

KEMPEN PRU13

sila copy dan paste di laman/blog anda untuk kempen bertetusan kita agar PR dapat menawan Putrajaya dalam PRU akan datang....


Anwar didakwa dapat dana dari Arab Saudi?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYYLvMGWfctTJJkiGvYwNNImxE57S_djCuDWF8sQ7HNSwmz1wShReDEhcEzc0NNE-RDhikApIrWTRyZfstpZu1rZTo9832O5iVT5Uugrse5j31_9ulkq9bDEj8HEs5NW_3eujaVaSNncY/s320/AD-Anwar-Najib.jpg

Dulu kata Amerika bagi dana sekarang kata Arab Saudi pula, lepas ini mungkin Somalia kot bagi dana hahahahah
Jika sebelum ini kerajaan menuduh DSAI mempunyai sumbangan dana daripada agen Amerika kini DSAI sekali lagi dituduh mempunyai rangkaian dana kewangan daripada kerajaan Arab Saudi yang didakwa akan digunakan untuk kempen pilihanraya umum akan datang lapor Malaysiakini.

Najib mendakwa dua putera kanan kerajaan berkenaan memberi bantuan kewangan kepada najib yang kemudianya telah disangkal oleh agensi berita CNN.

Najib Takut kepada Anwar

Dalam respon segera DSAI berhubung dakwaan itu menjelaskan najib sememangnya takut untuk berdepan dengannya dalam pilihanraya umum akan datang yang dijangka selewat-lewatnya tahun 2012.

Ini juga menampakkan najib semakin gusar dan takut akan kebangkitan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat pelbagai kaum.

"Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato' Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah," katanya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiwj0OMnxdzD9mHzJivSLhZSs9WNnF8mT0IN-F5Y7TFWyV9-3NvCPf1OFhx713pwAbJk_UQehBvGrLcRzIp3K2RmRH1RGO-yPcSJ1b1XjN2bM9W7WKuOHvcEXjA4_CS7dnphJheSpEqws/s1600/buku-jingga-5.gif
Buku Jigga yang dikatakan mampu menggulinggkan BN
Menurutnya lagi buku JINGGA yang telah diterbitkan oleh barisan Pakatan Rakyat telah dan akan memberi kesan ke atas umno/ bn kerana ia mampu menyelamatkan Malaysia daripada kerakusan dan ketidakcekapan bn mentadbir negara yang dilihat sedang membawa negara ke arah kehancuran.

BERKAITAN

Pembangkang Perlu Lebih Kuat

Jika dilihat Kerajaan pusat hanya goyang kaki apabila Pembangkang mengadakan demonstrasi bagi membantah salah laku pihak kerajaan dengan memperkudakan PDRM sebagai tunggangan untuk menghalang pembangkang daripada terus mara. Apakah masih ada kekurangan dalam menyuarakan bantahan kepada kerajaan pusat?....
Mungkin juga jumlah suara rakyat sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang betul-betul demokrasi. Lautan manusia benginilah yang diperlukan bagi mencapai sesuatu objektif bantahan kepada kerajaan agar jelas menampakkan kemarahan rakyat terhadap salah laku kerajaan yang menindas.

Kalau dah mcmni jangan katakan kerajaan polis pun cabut lintang pukang....


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-Ofyr6_2EmR62Np0LC3YHNEgoM7StM0OPmJF6pk7U83nv9cfJ8F5_uOitZ8VcUkVL8iZzEpz0SHiHZJg0AC9YuJEPU0xZQTQsIE25VCIjGM5IZxgjZbc2WmxAXzPMJpfsvDT5VxtLp3s/s1600/gaza+protest+Lebanon+1.jpg

Wednesday, January 26, 2011

Demonstrasi GAPS dan PERKASA semasa sidang Khas DUN Selangor

Pada 24 Jan yang lepas satu Sidang Khas DUN Selangor bangi mengembalikan kuasa Sultan dan kerajaan melantik tiga jawatan bear dalam negeri Selangor telah diadakan dan ini menyaksikan sejarah telah terpahat di mana pihak kerajaan negeri gagal memperolehi majoriti 2/3 undi dalam mengembalikan kuasa sebelum ini yang telah di tarik semasa Tun Mahathir memerintah.

Tidak cukup dengan situasi itu keadaan di luar dewan juga turut menarik perhatian apabila GAPS dan Perkasa turut mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri yang menurut mereka kerajaan mempunyai motif politik untuk menyingkirkan SUK yang baru dilantik kerajaan pusat.


Wanita2 umno yang ceria





perkhidmatan bas utk membawa makcik2 berdemo





Pakatan Rakyat atau umno yang derhaka? kenapa perlu takut kalau umno kata mampu tawan selangor semula? serahkanlah kuasa Sultan, bukankah umno,GAPS dan PERKASA kata MENDAULATKAN SULTAN...?? tetapi kenapa tindakan seperti PENDERHAKA?

erm satu lagi dulu siapa kata demonstrasi jalanan tu teruk dan sia2?? tetapi kenapa sekarang umno pula rajin berdemo di jalanan?? inilah yang dikatakan menjilat ludah sendiri..... jangan marah ini realiti....ketuk dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih kahkahkah.....

Thursday, January 20, 2011

Satu lagi Pilihanraya kecil di SELANGOR??

Malaysiakini

kemaskini

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim semalam mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Pengumuman itu dibuat petang semalam di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi merayu.

"Badrul mengakui tidak hadir dalam sepucuk surat yang tiba di pejabat saya bertarikh 10 Disember. Dia memohon cuti bagi mendapatan rawatan perubatan tradisional di Pahang,” kata Teng.

Apabila ditanya wartawan, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu.

"Dalam suratnya itu, Badrul juga mengakui beliau tidak hadir pada semua hari semasa dewan bersidang pada November,” katanya.
NONESebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN sejak Julai tahun lalu.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

azlanBadrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.

Sebelum ini, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.

Wednesday, January 19, 2011

PM tidak hirau jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang

LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan
Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.




(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam.)

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak  jam 10 pagi, ia  tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.

Terbitan Selangor Kini akhirnya ke balai polis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgj0YCjKAgTMB7UwZMP5Z9Bys7ZhVe_L1qYL5ZhHEj04p78s6W29-s-Q5Gfz13o67QrOULz5DQ1wMsySVQYN2Jx-2mJk9jydQVRhsdbcYhQjjfgnPL3gqzbYTLYkeJ5JoOyPueBhwEWkw/s1600/umno+lwn+pkr.jpg
Mstar Online,

Kerajaan Negeri Selangor semalam membuat laporan polis berhubung penerbitan akhbar “Selangor Terkini” yang menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran.

Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pukul 4.30 petang Isnin.

Menurut sumber Pejabat Menteri Besar, laporan itu adalah bagi pihak polis memulakan siasatan ekoran penyalahgunaan logo pada akhbar yang tidak diketahui penerbitnya itu.

Dakwa sumber itu, kandungan akhbar itu adalah usaha untuk mencemarkan imej Selangor dan mengelirukan orang ramai kerana akhbar rasmi kerajaan negeri ialah “Selangor Kini”.lihat di sini

“Tindakan menerbit akhbar menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran adalah salah. Maka pihak kerajaan negeri membuat laporan untuk polis menyiasat perkara ini.

“Setakat ini kerajaan negeri tidak mengetahui siapa yang menerbit, malah kami tidak tahu kewujudan akhbar ini,” katanya di sini.

Sumber itu memberitahu, akhbar terbabit juga berniat jahat dengan bertindak menghentam pentadbiran kerajaan negeri dalam setiap laporan penerbitannya.

“Akhbar Selangor Terkini itu sudah diedarkan secara meluas kepada orang ramai,” katanya.

ni lah yang dikatakan provokassi kotor umno/bn cube klu kita tiru dia ingat dekat 10 trak polis dtg jenput hahahahahha

Berkaitan

Selangor Kini (Pakatan Rakyat) Vs Selangor Terkini (pro umno)

Tembelang Khir Terus dipecah

http://nimg.sulekha.com/others/original700/mohamad-khir-toyo-2010-12-6-2-20-26.jpg
Malaysiakini 

Beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke atas bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah menerima projek berjumlah lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN di Selangor.

Pendedahan mengejutkan itu juga melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Pendedahan itu dibuat hari ini oleh setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin melalui satu kenyataan.

Projek rundingan terus

Menurut Faekah lagi, projek berkenaan termasuk lima projek yang diberikan secara rundingan terus kepada syarikat Majulia Sdn Bhd.

Ia antara lainnya melibatkan satu pembinaan fasa pertama bagi kuarters kakitangan kerajaan dengan nilai lebih RM22.8 juta, serta pembinaan fasa keduanya dengan nilai RM61 juta.

Projek yang didedahkan itu turut melibatkan pembinaan bangunan sebuah perpustakaan, bernilai lebih RM71 juta, manakala satu projek lagi melibatkan pembinaan sebatang jalan di Sepang yang bernilai lebih RM73.7 juta.

Faekah juga berkata, satu lagi projek melibatkan sebuah stadium terbuka, pencawang elektrik, dua kebuk dan unit loji kumbahan di atas satu tapak kompleks sukan di Dengkil, bernilai hampir RM15 juta.

Bantu siasatan

Faekah berkata, pendedahan itu adalah ekoran tindakan majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 16 Disember lalu yang memutuskan untuk mendedahkan butiran mengenai projek berkenaan.

Ia antara lainnya bertujuan untuk memastikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni, kata Faekah lagi.

"Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didukung oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

"Kerajaan negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan," kenyataan itu dipetik.

Berkaitan

Khir kata mahu pulangkan tetapi sebenarnya digantung

Khir Toyo tak pandai main api

 

Sidang DUN: Istana bagi lampu hijau...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9XullRSpIq9P4uruBdLTSRlh8f1jnwzVLkgNTB88zp8FXnuKbTLPvpX4gJD_njF67fZGdKyb2o94qgb58JfZ85TQdNVcAicPL-8Ls1sPPq49bjVQgUBcS3-94xYEpszhUjB8j3RNP_Pw/s400/Khalid-n-Sultan.jpg
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang akan diadakan pada 24 Jan ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lalu untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri lapor malaysiakini.

Sidang Dewan Negeri Selangor itu bertujuan bagi meminda semula Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Semasa pemerintahan Tun Mahathir dalam tahun 1993 beliau telah meminda perkara tersebut bagi memusatkan pengurusan dan pemilihan jawatan itu kepada kerajaan pusat.

Munginkah umno sekali lagi akan membuat onar sepertimana yang terjadi di Perak?

Isa Samad dan Penari seksi di Tenang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5AefT6ORNyyhwQP-pEofpbSGJ6I9t8IGCxAfrXRV329hgRb4ufPaBJxwUrSfDOsPqulPzxtOBUK5N9mID6I8GRnwxHB46a1IglNJT9e-6ynlX_v0p_TELbhYVJTm6jRSm2kQbNP6OJFsD/s1600/isa+samad2.jpg 

Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam.

NONESelain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Bekas Menteri Besar Negri Sembilan Mentri Besar itu yang berjaya merampas kerusi Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 2009 mengalahkan calon PAS - menjadikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya.

NONESambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu.

"Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak.

"Semua ini tipu. Kita - BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari,” kata Isa yang berkemeja T jingga dengan tertera logo 1Malaysia.

NONE"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.

"Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah.

Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar,” kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

NONE"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.

"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.

Kalau inilah gayanya alamat licinlah duit Felda dia gune untuk buat majlis sebegini dan panggil penari seksi...waduh2 jangan lupe jemput aku sekali...nak joint juga hahahahahha....