Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Wednesday, January 12, 2011

Salah laku anggota polis terus dibongkar

Menyarung pakaian seragam polis merupakan satu amanah yang perlu dipikul oleh setiap si pemakainya bagi memastikan keselamatan negara dan orang awam terjamin. Orang awam akan sentiasa merasakan diri mereka selamat apabila melihat anggota-anggota polis melakukan rodaan keselamatan di sekitarnya. Ini sekaligus menjadikan penjenayah di luar bimbang akan tindakan jenayahnya dapat dikesan.

NONE
Dengan kemajuan negara yang begitu pantas berkembang maka tahap ciri-ciri keselamatan sepatutnya seiring agar negara terus kekal aman. Sebaliknya intergriti pasukan keselamatan ini mula dipandang longgar oleh masyarakat berikutan salah laku dan tindakan sesetangah anggota ini yang banyak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Kesalahan demi kesalahan yang semakin hari semakin serius malah ia turut melibatkan orang awam yang sepatutnya berasa selamat kini menjadi mangsa. 





Pada 18 dan 19 Dis 2010 di mana seorang ahli perniagaan telah ditahan dan dibelasah oleh lima orang anggota polis dan seorang lans korporal Mohadi Adam. empat konstabel didakwa mengikut seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana dakwaan mencederakan mangsa.
NONESeorang lagi anggota yang didaakwa adalah lans korporal Mohadi Adam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Chia di balai polis Kota Damansara daripada jam 12.30 pagi hingga 3 pagi pada 19 Disember tahun lalu.

Keempat-empat mereka adalah Konstabel Mohd Azwan Hassan, Konstabel Norzali Rosle, Konstabel Ahmad Saifullah Osman dan Konstabel Alizulhafiz Abdul Ghafar. Mohd Azwan dan Norzali menghadapi pertuduhan kedua atas akta yang sama kerana mencederakan Chia di Jalan PJU 3/15, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya antara jam 11.30 malam 18 Disember hingga 12.30 awal pagi hari keesokannya.(Rujuk di sini)

Menurut laporan mangsa anggota polis berkenaan bukan sahaja menyerang tetapi merompak wang tunai RM13,000 daripadanya.

BUKU BERTEMU RUAS
Di P. Pinang pula dua anggota polis yang mungkin sudah terbiasa mencari pendapatan dari sumber yang haram telah terpedaya dengan kerja kotor mereka sendiri apabila "terkantoi" dengan pegawai SPRM yang menyamar untuk mehanan mereka.

Menurut sumber, SPRM sebelum itu menerima aduan dari orang awam mengenai kegiatan dua anggota polis itu meminta rasuah daripada pesalah trafik di kawasan itu.

Katanya, dua anggota SPRM kemudian bergegas ke kawasan itu dan menyamar sebagai orang awam dan melakukan kesalahan trafik di hadapan anggota polis terbabit sebelum mereka ditahan dan diminta rasuah sebanyak RM800.

Dua anggota polis (bergari) diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keluar dari Hospital Pulau Pinang selepas mendapatkan rawatan akibat kecederaan semasa pergelutan dengan pegawai SPRM di George Town.
 
Setelah kedua-dua anggota SPRM itu memberi rasuah seperti yang diminta, dua anggota SPRM lain menyerbu dan menangkap anggota polis terbabit. Semasa mahu menahan mereka telah berlaku siri pergelutan yang menyebabkan anggota berkenaan cedera ringan.(rujuk di sini)

"Harapkan pagar pagar makan padi" itulah ungkapan yang paling sesuai untuk mereka ini.

No comments:

Post a Comment