![]() |
| Penggabungan PAS umno yang tidak menguntungkan |
Selepas PRN Sarawak yang menyaksikan bn sekali lagi hilang 8 kerusi dan menjadikan keseluruhannya 16 kerusi membuktikan rakyat Malaysia tidak lagi menerima bn sebagai pemerintah di negara ini.
Ini berikutan pelbagai salah laku dalam pentadbiran kerajaan pusat yang membawa penindasan rakyat bawahan. Di Sarawak, ketua menteri digelar perompak kerana hasil balak yang banyak di sana telah diambil daan diagihkan kepada kroni-kroni sahaja sedangkan rakyat berhak memilikinya.
Tidak cukup dengan itu tanah adat milik pribumi Sarawak juga telah dirampas dan kini mereka merempat mencari tempat tinggal yanng baru. Menurut satu laporan aset Taib Mahmud di luar negara sungguh luar biasa dan dari mana Taib mendapat peruntukkan untuk mendapatkannya.
Aset Taib Mahmud di luaar negara
Multi-million dollar complex
Disebabkan penyelewengan dan salah guna kuasa Taib di Sarawak Pakatan Rakyat telah berjaya buat kali kedua berturut-turut memenangi hati rakyat dan pertambahan kerusi di dalam DUN Sarawak. Ini isyarat jelas bahawa bn bukan pemerintah total dalam Malaysia.
tidak cukup dengan itu juga undi majoriti popular bn di Sarawak juga turut jatuh manakala Pakatan Pula naik pada tahap yang membanggakan. Melihat situasi itu bn semakin resah dan telah berunding degan DAP agar umno/bn dan DAP dapat bergabung. Namun usaha bn menemui kegagaalan apabila ditolak. Media cuba digunakan untuk memanipulasi pemikiran rakyat dan pimpinan dalam pakatan agar melihat DAP sebagai komponen yang tidak setia dalam Pakatan. Tetapi ternyata helah yang digunakan umno/bn tidak menjadi.
Apabila idea penggabungan dengan DAP gagal, umno beralih pula pada PAS di mana perdana menteri Najib tuya secara terbuka mempelawa PAS duduk semeja dengan umno bagi membincangkan cadangan penggabungan. Namun PAS juga berpendirian akan istiqamah bersama Pakatan Rakyat kerana dilihat penggabungan degan umno akan membuatkan landasan perjuangan PAS akan terkeluar daripada "amar ma'aruf nahi mungkar" yang jelas melihatkan umno adalah penaja kemungkaran yang semakin parah di Malaysia.

Ini jelas menggambarkan bahawa umno/bn semakin parah dan nazak untuk bertahan dalam PRU akan datang. Pelbagai cara kotor telah digun bagi meraih sokongan rakyat tetapi tidak berhasil. Bermula daripada Liwat 1, Liwat 2 dan kini video Seks, menunjukkan umno akan menggunakan apa sahaja untuk medium untuk memastikan mereka kekal berkuasa untuk memerintah dan menghabiskan wang rakyat.
Menurut satu laporan Malaysiakini, Mufti perlis kecewa dengan Pas berikutan menolak pelawaan umno untuk bergabung dan menjelaskan untuk "kekuatan Islam". Persoalannya adakah umno mendukung ajaran islam? adakah umno bersedia melaksanakan hukum islam?
Kilang arak di Shah Alam telah diwujudkan semasa pemerintahan umno/bn sejak dahulu lagi, tetapi adakah Majlis Fatwa ada membuat kenyataan? Pusat perjudian di Genting Highland Pahang adakah ianya Halal? Untuk makluman Pendapatan kakitangan kerajaan pusat adalah campuran duit haram cukai judi dan arak yang dimasukkan dalam satu tabung yang tidak diasingkan dengan sumber cukai yang halal. Ini berbeza dengan kerajaan P. Pinang di bawah Pakatan Rakyat yang mengasingkan hasil cukai pendapatan kerajaan negeri kepada 2 tabung.

Amat memalukan seorang bukan islam lebih memahami dan menghormati islam berbanding orang islam yang mengaku islam tetapi tidak memahami kehendak islam.








![4588548627_c3ce97a926[1]](http://sarawakreport.org/site/wp-content/uploads/2010/06/4588548627_c3ce97a9261-300x225.jpg)
![Jamilah_Taib_signature_on_1988_office_tower_document[1]](http://sarawakreport.org/site/wp-content/uploads/2010/06/Jamilah_Taib_signature_on_1988_office_tower_document1-300x181.png)



No comments:
Post a Comment