Selama ini media kerajaan telah menyatakan bahawa sumber berita mereka merupakan pendirian kerajaan dalam pelbagai isu. Ternyata konsep yang yang cuba dibawa oleh umno kepada pengundi bertentangan dengan konsep 1Malaysia.
Mereka hanya mahu mempermainkan rakyat dan telah merangka skrip jalan cerita untuk menjatuhkan pakatan rakyat dan menghasut pengundi melayu agar kembali kepada umno/bn.
Pada pendapat penulis umno/bn semakin terdesak dan sangat bimbang perkembangan terkini kerana rakyat telah memberi isyarat jelas bahawa mereka menolak umno/bn dan ini dibuktikan dengan keputusan PRN Sarawak di mana bn Sarawak kehilangan 8 lagi kerusi DUN yang menjadikan keseluruhan hilang 16 kerusi sejak pemeritahan bn.
Ini menunjukkan umno/bn semakin terdesak untuk mendapat sokongan rakyat bagi mengekalkan kerajaan pusat di tanggan mereka. Jadi pelbagai siri penipuan dan fitnah cuba dimainkan namun gagal mendapat perhatian rakyat.
Berikutan itu media dan saluran pro kerajaan akan dikerah untuk membuat satu lagi drama agar rakyat terpengaruh dengan situasi semasa negara seterusnya umno akan digambarkan menjadi hero dalam menangani isu tersebut dan kembali mendapat sokongan rakyat.
Dalam isu terbaru yang cuba dimainkan ialah "Kristian Agama Rasmi" apabila kerajaan pakatan rakyat mentadbir Malaysia merupakan satu konspirasi sangat jahat. Ini menunjukkan umno seakan mahu menghuru-harakan negara untuk kekal berkuasa. Mengimbau kembali tragedi berdarah 13 Mei, ada pihak tertentu yang sengaja mencetuskan isu perkauman sehingga berlaaku pertumpahan darah dan negara berada dalam keadaan darurat..
Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj telah menjelaskan bahawa tragedi itu adalah angkara orang dalam yang menjadi musuh dalam selimutnya ketika Malaysia baru dalam pembentukan. Konspirasi ini telah dimainkan oleh individu tertentu yang mahu menarik perhatian agar beralih kepada sesuatu idealogi.
Begitu juga dengan keadaan politik negara yang kini Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat. Kerajaan negeri yang berada di bawah pakatan rakyat dilihat sangat telus dan lebih terbuka dalam mebela nasib pelbagai kaum termasuk melayu. Amalan demokrasi yang dipraktikkan ternyata memberikan ciri sebenar yang diidamkan oleh rakyat. Pun begitu kerajaan pakatan tidak lari daripada tekanan musuh politik namun kesemua tuduhan yang dilemparkan dapat ditangani dengan baik dan terbukti dengan laporan ketua andit negara yang melihat aliran perbelanjaan wang kerajaan telah digunakan dengan sangat baik dan telus.
Isu 'Kristian Agama Rasmi' dilihat sengaja di buaat oleh umno/bn untuk mengapikan rakyat untuk menjatuhkan pakatan dan apabila rakyat terpengaruh dengan dakyah jahat mereka, Pilihanraya umum akan diumumkan. Sebelum berlakunya PRU 13 ini, segala persiapan dan perancangan jahat mereka telah di susun seperti daftar pemilih baru, pertukaran daerah mengundi, kempen menggunakan media umno/bn, mengeluarkan dana luar biasa untuk pamcing undi.








No comments:
Post a Comment