Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Friday, April 29, 2011

Malaysia sebuah negara SESUMPAH

http://media1-cdn.malaysiakini.com/360/b13650b4cc6b45c7df9effa588ea6eaf.jpg
tiga manusia yang maha jahat
Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku kekecohan apabila beberapa penyokong AMK melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid. Read more

Polis kini terang-terangan bersekongkol dengan penipu....bersekongkol dengan fitnah dan membantu menyebarkannya....harapkan pagar pagar makan padi...Malaysia semakin menjadi teruk dengan umno/bn, pdrm, media barua umno daan yang sewaktu dengannya....mereka perlu dihapuskan dengan kuasa rakyat.

Sah Polis terlibat dalam video seks

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau mendapat aduan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai SAC1 Isa Abdul Rahman dari Bukit Aman telah memberi ceramah kepada guru-guru di beberapa sekolah di Kelantan sejak beberapa bulan lalu dan mencemarkan nama baik bapanya itu.

"Saya diberitahu pegawai dari Bukit Aman itu memberitahu guru-guru di Kelantan bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara dan pelaku video itu adalah Anwar.

Kita mengecam perbuatan ini dilakukan sendiri oleh pegawai tertinggi Bukit Aman," katanya.

NONERakan naib presiden PKR Tian Chua juga senada menuduh polis “menari mengikut rentak parti pemerintah”.

Katanya, beliau secara peribadi juga mendapat aduan bahawa pekerja parti berbangsa Melayu PKR telah diberikan 'nasihat mesra' daripada polis.

“Pekerja pilihan raya kami telah dipanggil dan diberi ceramah oleh polis yang berkata Anwar adalah lelaki di dalam video itu dan mereka mempunyai maklumat dalaman.

“Ini bukan kes terpencil. Ramai ahli kami yang berbangsa Melayu dijadikan sasaran untuk diberikan 'nasihat' bahawa Anwar adalah pelakunya. Kata-kata seumpama itu telah banyak dialami oleh ahli PKR,” katanya.
Adalah disarnakan agar Polis di malaysia ini segera dibubarkan!! kerana ia hanya berfungsi menangkap Penyokong kepada pakatan rakyat dan sebaliknya melindungi dengan apa jua cara untuk menyelamatkan umno/bn.

Perbuatan ini sudah melampau dan Negaraa harus diselamatkan sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Pecat semua anggota polis dan kita buat pemilihan baru. Hapuskan semua idealogi umno/bn dalam PDRM!!!. Rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk menghukum polis dan pemimpin politik yang main kotor.

Di ambang kejatuhan najib tuya

Polis digunakan untuk menghalang pelajar UM daripada membuat demonstrasi bantahan

Video seks: Polis pula berbohong!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglZqc7qKWtRw62w5K7uO0wZZWTY4WJ7b9Z0QyqeiP4r7uFbtrJhPjmWuYbrNL_Fb5GiQo1CqgT9vEXO36rimr2q8Kj1MvdKTeKe0KAx5AoeUNueiDMdfnMQ3z_52hAOJ9Gotwou0E4vRk/s400/integriti+polis.jpg
Dalam kenyataan Timbalan ketua polis negara Khalid abu bakar semalam menyatakan bahawa amat sukar untuk mengesan individu yang memuat naik video seks mirip DSAI kerana didapati video berkenaan telah disekat oleh youtube kerana telah melanggar peraturan dan etika laman berkenaan.

Persoalan yang dapat dipertikaikan sebagai rakyat biasa yang mempunyai amat sedikit pengetahuan, apakah PDRM tidak cekap dalam kemajuan IT? sehingga tidak dapat mengesan dan mendakwa mereka-mereka yang sengaja membuat serangan politik jijik. Pihak PDRM dilihat kurang bijak dalam menangani isu ini.

Sungguh memalukan negara apabila didapati polis malaysia sebenarnya hanya pandai cakap besar dan hakikatnya cukup lembab. Pendapat ini tidak salah kerana jika kita melihat perjalanan siasatan kes video seks mirip DSAI seolah-olah seperti kes terpencil.

Kenyataan PDRM seakan bersekongkol dengaan umno kerana mengesahkan bahawa pita yang diambil daripada tiga orang munafik itu adalah pita asal. tetapi selepas beberapa hari kita telah digemparkan apabila video itu yang keluar dengan pelbagai  versi boleh didapati di Yotube yang dipercayai telah dimuat naik oleh barua umno.

Ini merupakan serangan berterusan terhadap pimpinan PKR apabila semalam tiga lagi siri video yang memaparkan aksi seks tanpa tapisann oleh blog-blog barua umno semakin berleluasa.

Apakah di dalam pasukan PDRM tiada seorang pun pegawai yang mahir dengan IT? bukankah kita boleh menggunakan perkhidmatan SKMM yang mempunyai kuasa untuk mengesan "IP Address" si dalang tersebut? Mengapa terlalu lembab untuk membuat keputusan?

Berikut adalah beberapa persoalan yang perlu dijelaskan:
1-Eskay kata wanita itu pelacur tetapi polis kata seorang student
2-Eskay kata cctv tetapi mengapa pita rakaman diletakkan dalam bilik yang sama?
3-Eskay kata hotel, tetapi keluar kenyataan ke dua di rumah pula?
4-Eskay kata dia disuruh untuk mengambil jam tgn omega tertinggal dlm bilik kemudia cungkil laci dan jumpa pita rakaman. tetapi kenyataan ke dua kata beliau sendiri berada dalam rakaman tersebut....
5-kenapa perut DSAI dlm rakaman tersebut besar sedangkan anwar kurus
6-janggut anwar tiada dalam rakamn tetapi semasa hadiri perbicaraan keeseokkannya janggut anwar beruban...

Apakah undang-undang di Malaysia ini hanya untuk rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat sahaja?

Kenyataan dari pelbagai pihak termasuk alim ulamak telah memutuskan perbuatan berpolitik "selak kain" adalah perbuatan yang terkeluar dari landasan islam.

Sekiranya Pihak polis masih lagi tercari-cari laman blog yang masih mempunyai paparan video seks berkenaan sila lihat di beberapa link tersebut:

1-http://panglima-harimau.blogspot.com/2011/04/panas-berapi-mari-lihat-video-seks.html
2-http://www.papagomo.com/
3-http://politikharian.com/?p=3940

Wednesday, April 27, 2011

Pelopor Harakah Meninggal dunia....

Salah seorang pelopor akhbar Harakah, Ustaz Mashhudi Bunyani, 68, meninggal dunia sekitar jam 8.30 pagi ini di rumahnya di Kampung Sungai Penchala, di sini.
Allahyarham yang menghidapi strok sejak beberapa tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak-anaknya di rumahnya setelah mengadu sesak nafas secara tiba-tiba.
Kematiannya di luar jangkaan isteri dan anak-anaknya kerana sebelum itu Allahyarham kelihatan sihat, malah rancak berbual-bual dengan ahli keluarganya.
(Gambar: Salahuddin Ayub bersama para petugas mengkafankan jenazah Allahyarham Ustaz Mashhudi. Foto: Wan Zahari)

Read more


UMNO SEMAKIN KURANG AJAR!!

UPDATED

Siri 2 video seks yang kononnya mirip DSAI kini memasuki fasa ke dua tayangan apabila juak-juak umno sekali lagi memuat naik video seks mirip DSAI ke laman youtube.

Ini sekaligus becangah dengan kenyataaan Datuk T bahawa hanya mereka yang mempunyai salinan asal yang tulen dan telah dikuatkan oleh kuda tunggangan umno (PDRM) yang mengesahkan pita itu asal dan bukan salinan seperti didakwa.

Jelas kebodohan umno semakin terpancar keranaa strategi mereka untuk memperbodohkan setiap rakyat Malaysia tidak menjadi. Kini dengan paparan kedua video itu jelas menguatkan lagi si penonton bahawa si pelaku tersebut sememangnya bukan anwar.

gambar statik... Berikut kami paparkan blog-blog barua umno yang menjadi dalang penyebaran video tersebut dan ada di antara video di blog tersebut masih  boleh ditonton.
NONE

Friday, April 22, 2011

Dulu kata hotel, sekarang di rumah pula....

Kini sekamin jelas pembohongan yang cuba dilakukan oleh bn melalui 3T (three stooges) apabila kenyataan mereka sbelum ini menyatakan rakaman tersebut berlaku di sebuah hotel di ibu negara. Namun taktik jahat penupuan mereka semakin terdedah apabila mereka sekali lagi tampul membuat kenyataan yang memakan diri apabila menjelaskan bahawa ramakan tersebut diambil dari sebuah kondomunium pula.

Apakah kenyataan mereka ini boleh memperbodohkan rakyat? mungkin menteri umno/bn dan polis akan mempercayainya namun pengundi yang bakal membuang undi pada pilihanraya di Malaysia ternyata sudah mengetahui trik bodoh mereka yang tidak menjadi. Mungkin rakyat yang duduk di pendalaman boleh terus ditipu dan dibidihkan dengan hasutan media pencacai bn/umno tetapi bagi rakyat yang mempunyai ruang akses di internet mereka jelas sudah mengetahui temberang umno/bn.

Kini terpulang kepada rakyat untuk menunjukkan kuasa rakyat pada umno/bn yang semakin hari semakin biadap dengan cerita fitnah yang direka setiap hari. Apakah rakyat Malaysia rela diperbodohkan lagi selepas ini?

Berikut dua kenyataan yang dipetik dari sumber laman web untuk tatapan dan anda nilailah kenyataan baru umno tersebut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_0efKdPbjCzTr3o40btbUQHFuZwvJtnTJ4cSVeVT0xqRPrD4cwIA7udCaRxFvActi6MzzFfXNIQO36HWMJW-PyhcjV5v8XvI0q8zuF-QWFDTf5ayuYL8GnGSNeRi37vlYXDbi-YphlIg/s1600/lokasi1.png  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-2I-n6iBlTyxwGSwjaiFeCzFINmorIE2JgCCrUieB2qs3q1_4fvCBosQgj7-HlL8OkW9yWYRbNVPkc6ia6sMy7fpvLdxwMpjm34AkoNDROZTPDR9xCZ9CUjMMVwqd_ELmAcolrP2oCrs/s1600/lokasi2.png

Wednesday, April 20, 2011

Selepas Mahathir, kini PERKASA pula main sentimen perkauman.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Sarawak mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.

NONESelain itu, ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari dalam satu kenyataan berkata kerajaan juga wajib memulangkan kembali hak dan peruntukan keistimewaan bumiputera mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia.

“Sejak PERKASA dilancarkan di Sarawak, ia tidak pernah mempersoalkan sebarang tuntutan kaum Cina demi menghormati Gagasan 1Malaysia dan demi keharmonian negeri Sarawak dengan memberi pengorbanan dan toleransi yang amat tinggi dalam hal ini.

“Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina,” katanya.

utusan malaysia and umnoKenyataannya itu adalah yang terbaru berikutan rentetan beberapa siri artikel yang diterbitkan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bermula Ahad lalu dalam ruang kolum oleh 'Awang Selamat' supaya mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dalam strategi pilihan raya,

'Awang Selamat' - nama sama yang digunakan oleh para editor Utusan berkata sentimen anti BN oleh pengundi Cina di seluruh negara membuktikan bahawa masyarakat berkenaan bukan sahaja mahu mengekalkan penguasaan mereka di bidang ekonomi tetapi juga mahu menjadi dominan dalam bidang politik. Read more

Siapa Ketua PERKASA??

Mungkin ramai yang tidak tahu siapakah beliau dan mengapa beliau begitu biadap dalam mebuat kenyataan.

naib-presiden1   NAIB PRESIDEN PKMM MALAYSIA
Y.Bhg. Encik Abang Abdul Nasser Abang Hadari
(merangkap YDP Sarawak)



dengan harapan banyak dapat projek di Sarawak hahahaha......

Harga barang naik hujung April?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSVeS1_SD3a_7e7y4f0eHN7Y2NDfKYug578S5__DhV7YUPYo-dYfrJoZ1SvrGt97tIeQa-RJh7xFiZk7Pvf13j-KQ5eFrrQUlSPgFcTxd9GnGcjAdvXYcwmmNdGqVLogJs9Fwgv09KnSE/s1600/barang-naik-copy1.jpg
Tinjauan yang dilakukan di beberapa buah kedai runcit sekitar Sekinchan mendapati harga barang masih mengikut pasaran semasa. Namun beberapa peniaga telah memberitahu bahawa harga barang keperluan akan naik mendadak pada hujung April ini.

Menurut peniaga itu lagi badan yang bertanggungjawab bagi memantau harga sudah jarang memantau dan hanya berdiam diri. Asam jawa kini sekilo mencecah Rm5 berbanding dulu RM 2.50.

Ini merupakan satu beban yang terpaksa di tanggung oleh rakyat yang mengundi bn. Apakah ini yang dikatakan mahu membela rakyat? Bagi rakyat yang berpendapatan rendah ini merupakan satu lagi malapetaka yang bakal mereka hadapi. 

Sikap sambil lewa kerajaan dan badan tertentu yang tidak bertanggungjawab mengawal harga keperluan rakyat ini dilihat sebagai tindakan melepaskan diri mereka untuk mengelak membantu rakyat.

Situasi ini seakan petanda bahawa harga minyak mungkin akan naik tidak lama lagi. Sebelum ini, jalan ceritanya juga sama apabila harga barang akan mendahului naik sebelum kenaikan harga minyak menyusul.

Kekalkan Selangor: Cabaran getir buat PAS

 PAS Selangor bersedia menghadapi cabaran berhadapan dengan hasrat semua pihak untuk mengambil semula pentadbiran kerajaan negeri paling maju di Malaysia ini.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan pilihan raya depan sebagai sangat getir dengan segala cubaan musuh untuk berkuasa semula.

Dr Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata demikian ketika berucap melancarkan Skim Waqaf Bangunan PAS tiga tingkat bernilai RM1.3 juta, di sini malam tadi.

(Gambar: Haji Shafie dari Serdang berjaya membeli jualan awal dengan harga RM10 ribu untuk seperenam kaki yang asalnya berharga RM50  daripada Dr Hasan.)

Menurutnya, bangunan yang bakal menjadi pemangkin utama pusat gerak kerja seluruh petugas semua peringkat itu amat perlu disegerakan.

"Harapan besar kita agar segala impian ini akan dapat menjadi realiti dalam masa terdekat.
"Syukur kerana bayaran 10 peratus daripada bayaran itu telah disumbangkan oleh sahabat kita, Datuk Kapten (B) Abu Zahar Hashim.

"Moga sumbangan permulaan sangat hebat ini menjadi perangsang kepada semua pihak untuk tingkatkan usaha mencari sumber kewangan berkaitan," tegasnya.
 
Untuk rekod, Abu Zahar adalah bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter, menyertai PAS pada 24 Disember 2008.

Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian itu kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak (ketika itu)  menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Read more

Pakatan Rakyat ada peluang rampas Melaka dalam PRU13

Tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air tanpa mengambil kira bebanan kewangan yang dipikul oleh rakyat negeri itu dilihat senjata terbaik Pakatan Rakyat untuk merampas Melaka daripada bn dalam PRU13 akan datang.

Tindakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang menaikkan tarif air secara tegesa-gesa dan tidak memaklumkannya terlebih dahulu kepada rakyat seolah-olah satu cubaan untuk mengelakkan protes rakyat.

Bn Meludah ke langit
Kerajaan negeri Melaka sendiri pernah mengkritik kenaikan harga air di Selangor dan Kedah tidak lama dulu.

Tuesday, April 19, 2011

Pendedahan Konspirasi jahat musuh DSAI dalam Fitnah 1&2

Ini adalah sebahagian bukti-bukti yang diteliti dan divideokan oleh Galeri Al-Mizan. Ternyata Rakyat masih kabur tentang penyiasatan yang telh dilakukan oleh mahkamah malaysia. Bukti yang dipaparkan ini tidak dinyatakan oleh media arus perdana untuk umum. Inilah yang cuba disembunyikan oleh rejim bn untuk memperbodohkan rakyat Malaysia...

BUAT TATAPAN PENGUNDI DI SARAWAK YANG BAKAL SENGSARA

Monday, April 18, 2011

Dr. Mahathir bapa Kehancuran di Malaysia

Umno atau Pakatan yang menggunakan isu perkauman untuk berpolitik? Sekiranya bn tidak menggunakan jenama politik perkauman mengapa bn sekali lagi hilang 8 kerusi di DUN Sarawak?. Ternyata umno/bn menggunakan pelbagai alasan untuk menutup kelemahan bn apabila rakyat sarawak kini semakin menolak polotik perkauman dan kotor bn selama ini.
Hasil balak di Sarawak yang telah dirompak oleh kroni tidak langsung medey ulas sedangkan itulah sebenarnya isu besar yang cuba ditutup dan bn memperbodohkan rakyat dengan isu video seks yang kini terbukti palsu.

Apabila strategi video juga tidak menjadi umno/bn kini cuba mencipta alasan lain bagi mengaitkan kekalahan beberapa kerusi bn di Sarawak.

Jika dilihat medey ini adalah ancaman kepada kesejahteraan negara sebenrnya kerana cuba memainkan sentimen perkauman. Keadaan negara kini berada pada tahap yang berbahaya daan perlu diselamatkan daripada tokoh-tokoh bn yang semakin tidak relevan dalam memberi sebarang kenyataan terbuka kepada rakyat.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak membuktikan bahawa DAP berjaya membawa 'jenama politik perkauman' ke negeri terbesar di Malaysia itu.

chedet mahathir blog 020508 Dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa sebelum ini, semua kaum berkerjasama dengan satu sama lain demi pembangunan Sarawak.

“Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana membawa politik perkauman ke Sarawak. Sekarang kita dengan jelas melihat masyarakat Cina menolak hubungan pelbagai kaum. Mereka kini dijangkiti virus perkauman yang menjadi asas perjuangan DAP,” tulisnya.

“Malaysia menghadapi bahaya terbahagi kepada dua parti - satu Melayu yan didominasi daripada 'default' dan satu lagi Cina melalui pilihan.Sistem dua parti yang berasaskan perkauman tidak akan menyumbang kepada kestabilan, apa lagi perpaduan negara.”.Read More

BUKTI SAH ANWAR BUKAN PELAKU DALAM VIDEO SEX

Seperti dijangkakan konspirasi video seks Anwar kini sudah terdedah apabila bukti demi  bukti kian terdedah di media internet. Namun apa yang menyedihkan bukti-bukti tersebut langsung tidak dikeluarkan dalam media pro bn dan blogger bn.

Apa yang lebih meyakinkan pihak polis kini telah beralih tumpuan siasatan kepada individu yang menyebarkan video seks tersebut dan akan didakwa mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.. Berikut adalah petikan berita dari Malaysian Insider

"Datuk Shazryl Eskay Abdullah said today he is the sole person responsible for the screening of a sex video allegedly featuring Datuk Seri Anwar Ibrahim and a female prostitute.

Datuk T was later revealed as Shazryl, former Malacca Chief Minister Rahim and former Perkasa treasurer Shuib.

Shazryl (picture) was responding today to a statement made by CID deputy chief Datuk Acryl Sani Abdullah Sani that police had concluded their investigation into the sex video.

Acryl said the police had wrapped up their investigation under the Penal Code for the distribution of obscene material and the investigation papers would be sent to the Attorney-General’s Chambers soon. Read more"

BUKTI PENDEDAHAN

Lihat gambar di bawah baik-baik. Gambar ini diambil dari video seks lelaki mirip Anwar yang tersebar di internet sejak kelmarin. Video ini adalah video yang sama ditayangkan di Hotel Carcosa sebelum ini.

Video ini dikatakan dirakam pada 21 Febuari 2011. Kalau dilihat, dalam video ini, mula-mula Anwar berjanggut pada sela masa 00:04, namun pada babak terakhir sela masa 01:16, lelaki mirip Anwar ini sudah tiada janggut.


Tidak timbul sebarang persoalan yang besar tentang gambar di atas, boleh jadi lelaki mirip Anwar Ibrahim di atas baru sahaja bercukur di bilik air, maka tidak hairanlah pada mulanya jelas dilihat dia berjanggut, kemudian janggutnya tiada. Maka secara logiknya, pada 21 Febuari 2011 lelaki mirip Anwar mencukur janggutnya, maka tentulah pada 22 Febuari 2011 dia sudah tiada janggut.

Apa yang menjadi persoalan ialah, Anwar Ibrahim pada 22 Febuari 2011 ada muncul di mahkamah kerana menghadiri perbicaraan liwatnya. Kalau kita lihat, jelas sekali beliau mempunyai janggut yang lebat. Lihat gambar di bawah ini.



Kesimpulan daripada analysis ringkas ini membuktikan bahawa, jika Anwar adalah lelaki di dalam video seks, sepatutnya dia tidak memiliki janggut lagi kerana dia sudah mencukurnya pada malam 21 Febuari 2011.

Jika anda mahu membuktikan bahawa Anwar adalah lelaki di dalam video tersebut, anda harus membuktikan bahawa Anwar menggunakan ubat atau teknik tertentu agar janggutnya tumbuh lebat dalam masa beberapa jam.

Mungkin juga anda harus buktikan bahawa pada 22 Febuari 2011, Anwar sebenarnya memakai janggut palsu di mahkamah. Buktikan perkara ini untuk menuduh Anwar Ibrahim di dalam video seks.

Ini zaman teknologi, kalau kita lihat cerita Hitler di bawah ini, kelihatan seolah-olah memang hitler yang berlakon video ini, kerana wajahnya saling tak tumpah seperti Hitler. Namun fakta yang harus anda tahu ialah, Hitler dah lama mati sebelum video ini dilakonkan.

Sunday, April 17, 2011

PAS KAWASAN TG. KARANG ADAKAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN

Tg. Karang, 17 Apr. Parti Islam Semalaysia PAS telah melaksanakan tanggungjawabnya mengikut fasal dalam perlembagaan parti tersebut untuk melaksanakan mesyuarat agong tahunan parti itu di dewan Dato' Hormat Tg. Karang.

Dalam Mesyuarat kali ini juga pemilihan baru turut diadakan. Para perwakilan yang layak mengundi pada pemilihan tahun ini dilihat sangat teiti bagi memilih pimpinan baru untuk menerajui Pas Kawasan.

Ahli Parlimen dari Tumpat Kelantan YB Dato' Hj. Kamaruddin bin Jaafar telah merasmikan mesyuarat agong tersebut. Beliau juga merupakan Ahlijawatankuasa Kerja Pas Pusat. Dalam ucapannya juga beliau turut meyentuh mengenai perkembangan proses pilihanraya negeri Serawak semalam dan menyifatkannya satu permulaan yang positif untuk pakatan rakyat walaupun Pas tewas di lima kerusi yang ditandinginya.

Beliau juga menggesa semua ahli Pas untuk terus istiqamah dalam memperjuangkan islam. Jentera bagi menghadapi pilihanraya Umum ke 13 juga diseru agar terus digerakkan dari sekarang sehingga Pas kawasan Tg. karang berjaya menawan Parlimen Tg. Karang yang kini disandang oleh Noh Omar dan DUN Sg. Burong yang di sandang oleh Samsudin Lias. kedua mereka adalah daripada bn.

Beliau juga memberi peringatan bahawa kemungkinan bn akan berusaha keras dan melipatkaligandakan usaha untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Turut hadir dalam Mesyuarat Agong tersebut ialah Sdr. Yahya Saari sebagai wakil daripada Parti Keadilan. 

Saturday, April 16, 2011

PAKATAN SEDIA UNTUK PRU 13

Pakatan Rakyat kini perlu bersedia untuk menghadapi satu lagi pilihanraya umum ke 13 yang mungkin akan di bubarkan oleh rejim bn tidak lama lagi. Walaupun pakatan tidak dapat menghalang majoriti 2/3 Dun Sarawak namun kejayaan merampas 8 kerusi dewan itu sudah cukup membanggakan dan boleh dijadikan motivasi untuk meneruskan usaha merampas Sarawak dari bn.

Apa yang perlu kita tumpukan pula pada PRU 13 dan bersedia untuk sekali lagi merampas kerusi di Parlimen sekali gus Pakatan Rakyat akan membentuk Kerajaan Rakyat dengan majoriti 2/3 di dewan Parlimen.

Apa yang meyakinkan di sini adalah dalam PRN Sarawak sejak 2006-2011 Pakatan berjaya merampas 15 kerusi dan 1 bebas. Jadi ini merupakan isyarat yang jelas bn semakin ditolak rakyat dan mungkin kita mempunyai peluang untuk membantuk kerajaan rakyat.

Usaha yang gigih dan keras diperlukan di setiap peringkat pimpinan untuk memastikan kita kuburkan bn dalam PRU 13 akan datang sekaligus membawa arus perubahan total kepada pentadbiran negara.

Segala kepincangan rejim bn akan kita betulkan dan menghapuskan segala juak-juak umno yang selama ini dengan rakus menghabiskan wang rakyat dan menindas rakyat.

Pasukan keselamatan perlu distruktur semula agar objektifnya kembali kepada asal untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukan pemimpin semata-mata.

BN hilang 16 kerusi sejak 2006-2011

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih kesemua lima di Kuching.

Pada pilihanraya 2006 yaang lalu bn telah hilang 8 kerusi, manakala pada pilihanraya umum negeri sekarang menyaksikan sekali lagi bn hilang 8 kerusi dan menjadikan 16 kerusi telaah dirampas dalam DUN Sarawak.
Ini merupakan satu momentom peralihan kuasa atau penolakan rakyat terhadap rejim bn yang ternyata semakin tidak diterima oleh rakyat Malaysia. Dan diyakini pada pilihanraya umum negeri akan datang kerusi bn di DUN Sarawak akan mula berkurangan sekaligus akan menghilangkan majoriti 2/3 bn.

Walaubagaimanapun bn tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa bn sebenarnya tewas walaupun menang mudah di Sarawak. mungkin juak-juak umno akan meyalak bahawa pakatan tewas tetapi mereka tidak sedar bahawa 16 kerusi dalam DUN Sarawak telah hilang kepada pembangkang.

Seats

    Incumbent Won
N1 Opar SUPP  SUPP
N2 Tasik Biru SPDP  SPDP
N3 Tanjong Datu PBB  PBB
N4 Pantai Damai PBB  PBB
N5 Demak Laut PBB  PBB
N6 Tupong PBB  PBB
N7 Samariang PBB  PBB
N8 Satok PBB  PBB
N9 Padungan PKR  DAP
N10 Pending DAP  DAP
N11 Batu Lintang DAP  PKR
N12 Kota Sentosa DAP  DAP
N13 Batu Kawah SUPP  DAP
N14 Asajaya PBB  PBB
N15 Muara Tuang PBB  PBB
N16 Bengoh SUPP  SUPP
N17 Tarat PBB  PBB
N18 Tebedu PBB  PBB
N19 Kedup PBB  PBB
N20 Sadong Jaya PBB  PBB
N21 Simunjan PBB  PBB
N22 Sebuyau PBB  PBB
N23 Lingga PBB  PBB
N24 Beting Maro PBB  PBB
N25 Balai Ringin PRS  PRS
N26 Bukit Begunan PRS  PRS
N27 Simanggang SUPP  SUPP
N28 Engkilili SNAP  SUPP
N29 Batang Ai PRS  PRS
N30 Saribas PBB  PBB
N31 Layar PBB  PBB
N32 Bukit Saban PBB  PBB
N33 Kalaka PBB  PBB
N34 Krian SPDP  PKR
N35 Belawai PBB  PBB
N36 Semop PBB  PBB
N37 Daro PBB  PBB
N38 Jemoreng PBB  PBB
N39 Repok SUPP  DAP
N40 Meradong DAP  DAP
N41 Pakan SPDP  SPDP
N42 Meluan SPDP  SPDP
N43 Ngemah SNAP  PRS
N44 Machan PBB  PBB
N45 Bukit Assek DAP  DAP
N46 Dudong SUPP  DAP
N47 Bawang Assan SUPP  SUPP
N48 Pelawan SUPP  DAP
N49 Nangka PBB  PBB
N50 Dalat PBB  PBB
N51 Balingian PBB  PBB
N52 Tamin PRS  PRS
N53 Kakus PRS  PRS
N54 Pelagus PRS  IND
N55 Katibas PBB  PBB
N56 Baleh PRS  PRS
N57 Belaga PRS  PRS
N58 Jepak PBB  PBB
N59 Kidurong DAP  DAP
N60 Kemena PBB  PBB
N61 Bekenu SPDP  SPDP
N62 Lambir PBB  PBB
N63 Piasau SUPP  DAP
N64 Pujut SUPP  DAP
N65 Senadin SUPP  SUPP
N66 Marudi SPDP  SPDP
N67 Telang Usan PBB  PBB
N68 Bukit Kota (Limbang) PBB  PBB
N69 Batu Danau SPDP  SPDP
N70 Ba'kelalan SPDP  PKR
N71 Bukit Sari (Lawas) PBB  PBB

Pakatan Rakyat akan terus merebak di bumi kenyalang

Tahniah kepada rakyat Sarawak yang sekali lagi membenarkan hak mereka terus dirompak untuk tempoh 5 tahun mendatang.....kepada kawasan yang memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat syabas kerana anda berani berubah demi kesejahteraan sejagat......Jangan putus asa teruskaan usaha untuk PRN ke 11....

Keputusan rasmi sehingga jam sembilan









BN - 36
DAP - 5
PKR - 3
SNAP - 0
PAS - 0
Parti Cinta Malaysia - 0
Bebas - 1


Game Over to George Chan (SUPP Leader)

 

Calon DAP bagi kerusi Piasau, Ling Sie Kiong, mula meraikan kemenangannya. Beliau mendahului dalam pengiraan undi, dan meninggalkan presiden SUPP, Tan Sri George Chan, yang mempertahankan kerusi tersebut.

Sehingga jam 7.10pm  ini, Ling memperolehi 5,770 undi, berbanding dengan George Chan yang mendapat 4,162 undi. Ling mendahului dengan majoriti 1,608 undi. George Chan merupakan presiden keempat parti komponen BN yang tumbang selepas MIC, Gerakan dan PPP.

Tinggal dua lagi kotak undi untuk dikira.