Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Thursday, July 5, 2012

HIMPUNAN OREN- ADAKAH POLIS SEDIA BERBINCANG?

Satu siri perhimpunan dan perarakan menuju ke Istana Negara bagi menghadap Yang Dipertuan Agong agar campurtangan berhubung isu Felda Global Venture Holding (FGVH) bakal diadakan pada 14 Julai ini bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum berarak ke Istana Negara melalui Jalan Duta bermula jam 2 petang.' HIMPUNAN OREN SELAMATKAN FELDA'

NONE

Menurut Mazlan yang juga presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) dan AJK PAS Pusat, beliau akan mengetuai tujuh delegasi menyerahkan surat makluman tersebut kepada Ketua Polis Daerah Sentul Zakaria Pagan dan akan berbincang pada 11 Julai ini mengenai keadaan dan situasi semasa perhimpunan itu diadakan agar dapat memberi gambaran jelas kepada pihak berkuasa mengenai perjalanan program tersebut.

Apa yang dikhuatiri adakah pihak berkuasa seperti POLIS dan DBKL akan memberikan sepenuh kerjasama terhadap perhimpunan ini. Adalah diharap pihak berkuasa yang berkaitan memberi ruang sebaiknya kepada rakyat yang mahu menyuarakan hak mereka mengikut saluran yang betul.

Semua sedia maklum bahawa PDRM,DBKL dan jabatan-jabatan lain merupakan ejen umno bagi memanjangkan hayat mereka memerintah namun diharap agar mereka ini lebih bersikap profesional dan terbuka seperti yang diamalkan oleh kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat.

PAS SEDIA KERAH AHLI KE PERHIMPUNAN OREN

Merujuk kepada Harakahdily, Setiausha Agong PAS Pusat Dato' Mustafa Ali telah mengeluarkan surat rasmi berkenaan Perhimpunan Oren dan mengarahkan semua ahli memakai pakaian yang bewarna oren bagi mencirikan sifat kebersamaan dalam menyelamatkan Felda.

Ia merupakan program kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat terhadap penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH).Surat yang ditulis Mustafa ini mula dimasukkan ke dalam facebook dan diedarkan kepada semua ahli dan pemimpin PAS.


No comments:

Post a Comment