Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Wednesday, July 18, 2012

BANGUNAN SEK MENEGAH SG. BURONG RETAK NOH OMAR PERLU BERI PENJELASAN

Tanjong Karang- Kredibeliti Noh Omar dipertikaikan lagi apabila sebuah sekolah baru di dalam kawasan beliau iaitu parlimen Tanjong Karang telah mempunyai pekbagai masalah serta kemudahan yang sehingga hari ini masih tidak diselesaikan.

Melalui maklumat daripada orang dalam sekolah berkenaan, kini terdapat kesan retak dan rekahan pada struktur bangunan yang berkemungkinan aktif. Ini sangat dikhuatiri akan menyebabkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan sekaligus merbahaya kepada pelajar dan kakitangan di sekolah berkenaan.

Semasa sesi perpindahan dahulu ia dilihat agak tergesa-gesa kerana beberapa kemudahan asas pada bangunan sekolah berkenaan masih tidak sempurna. Di antara kemudahan asas yang masih tidak diselesaikan adalah keadaan padang sekolah berkenaan tidak ubah seperti padang ragut lembu.

keadaan padang yang tidak rata dan sempurna

terdapat kesan tampalan simen pada dinding bangunan

struktur bangunan yang diragui kestabilannya

Oleh yang demikian Noh Omar selaku bapa angkat yang merancang pembinaan sekolah berkenaan perlu memberi penjelasan berhubung perkara ini dan tidak berdolak dalih. Keselamatan pelajar dan kakitangan perlu diutamakan dan beliau juga digesa menyenaraikan syarikat yang memdapat tender pembinaan sekolah berkenaan yang dilihat gagal dalam perancangan struktur.

Noh Omar diingatkan agar tidak menjurus kepada polittik sempit beliau dan perlu menyelesaikan masalah di sekolah berkenaan sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku di sekolah tersebut dan pada masa itu siapa yang perlu dipersalahkan?.

No comments:

Post a Comment