Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Wednesday, July 11, 2012

Arahan Asing Tempat duduk dalam pawagam: semua pihak perlu faham


azlan

Tanjong Karang - Semua pihak terutama pimpinan di Selangor perlu lebih memahami dan perbincangan dalam isu pengasingan tempat duduk di pawagam agar ianya lebih jelas dan diterima oleh semua pihak.

Dalam perbincangan dengan orang yang berkenaan di MDKS telah memperjelaskan isu ini dan masalah berpunca daripada sikap sesetengah pimpinan yang tidak memahami maksud arahan baru ini.

Menurut sumber arahan ini telah diperbincangkan dan dipersetujui oleh pihak - pihak berkaitan pada tahun lepas dan tiada masalah dalam perlaksanaan awalnya. Namun apabila pemantauan dilakukan oleh pihak MDKS pada pawagam mendapati arahan tersebut masih tidak dilaksanakan dan ini telah menyebabkan lesen atau permit terpaksa di tangguh dan bukan dibatalkan.

Arahan yang dimaksudkan adalah pengusaha pawagam di dalam daerah Kuala Selangor perlu melekatkan notis PERINGATAN kepada pawagam mereka agar dapat difahami oleh pelanggan yang masuk ke dalamnya. Dan arahan berbunyi " PERHATIAN BAGI ORANG ISLAM YANG BUKAN MUHRIM DILARANG DUDUK BERSEBELAHAN". Namun arahan ini diminta untuk ditangguhkan perlaksanaannya sehingga perbincangan lanjut selesai.
Arahan ini jelas ditujukan kepada ORANG ISLAM SAHAJA kerana kehidupan seharian kita tidak boleh lari daripada Al- Quran dan Sunnah. Ini dilihat sedikit pun tidak merugikan pengusaha terbabit.

Jika sebelum ini arahan - arahan seperti larangan merokok di tempat awam, larangan penjualan rokok pada umur bawah 18 tahun dan larangan umat islam membeli nombor ekor dapat dilaksanankan mengapa di pawagam tidak boleh.

Salah faham ini sepatutnya diselesaikan segera agar pentadbiran kerajaan di Selangor mendapat transformasi dan berbalik kepada sistem islam yang terbukti lebih maju daripada sistem sediada sekarang. Adalah diharap pihak - pihak berkenaan dapat duduk semeja dan berbincang bagi merungkai salah faham yang timbul bagi mengelak umno dan bn mempolitikkan isu tersebut untuk megelirukan rakyat.

MEDIA UMNO SUDAH MAINKAN ISU!!!

Dalam tinjauan beberapa blog pro umno mereka telah memanipulasikan isu tersebut dan sangat diyakini isi ini akan menjadi senjata umno di Selangor untuk menyerang Pakatan Rakyat dan mempersoalkan pendirian PAS dalam isu tersebut.

Dalam laman blog ini , rotikaya dan nota kosong.com yang pro umno mereka telah mengulas dengan kenyataan (MDKS Batalkan Arahan Larangan Pasangan tidak berkahwin dalam panggung) yang sangat mengelirukan yang dilihat jika tidak dibendung boleh mengelirukan rakyat yang kurang arif dalam isu ini manakala Malaysian Insider dan Malaysiakini pula menyatakan Ronnie Gesa Tangguh Arahan.

No comments:

Post a Comment