Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Saturday, July 14, 2012

Adakah Pentadbiran Malaysia mengikut Kuhtbah terkahir Rasulullah?

 Sebagai umat Nabi Muhammad SAW. yang telah dijanjikan banyak kelebihan oleh Allah SWT. kita sepatutnya bersyukur dan insaf akan kekuasaanNYA.

Memang kita diperintahkan untuk menjalani kehidupan dengan tunduk pada perintahNYA dan menjauhi segala laranganNYA. Namun adakah kita berbuat demikian?

Islam merupakan sesuatu yang cukup sempurnya untuk dijadikan panduan hidup dan mentadbir sesebuah wilayah atau negara. Tetapi adakah kita mengamalkannya?

Lewat ini kita dilihat semakin lari dan jauh menyimpang dari ajaran islam sebenar dan mula mencipta undang-undang dunia demi membelakangi tuntutan Allah SWT. Adakah kita semakin berani dan tidak takut akan azab Allah yang bakal menanti?. Maka benarlah kebimbangan Rasulullah SAW. terhadap umatnya. Kebimbangan baginda telah dizahirkan dalam khutbah terakhirnya di Padang Arafah pada tahun ke 10 Hijjrah.

Penulis hanya akan mengupas beberapa perkara yang dilihat sangat berkait rapat dalam sistem pentadbiran di Malaysia agar menjadi muhasabah kepada setiap umat manusia yang kini lebih mengejar dunia berbanding Akhirat.

Terdapat 12 perkara yang telah disampaikan oleh baginda sebagai bekalan kepada umatNYA selepas kewafatan baginda dan antara yang berkait rapat dalam soal corak pemerintahan Malaysia adalah:


" Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

 Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan)".
Adakah kerajaan yang ada sekarang benar-benar amanah dalam mentadbir negara?. Adakah hak rakyat benar-benar diutamakan? jika benar kerajaan yang ada sekarang benar-benar amanah tidak akan ada seorang pun umat islam di Malaysia ini miskin malah agama lain turut merasa selamat dengan adanya orang islam di sekeliling mereka. Hakikatnya apa yang kini berlaku di Malaysia? orang islam sendiri menakutkan sesama islam agar mereka-mereka yang memperjuangkan islam dijauhi malah turut memfitnah dengan keji.


Segala amalan-amalan jahiliyah kini kembali terjadi malah jauh lebih hina dari zaman jahiliyah dahulu. Pusat perjudian wujud sejak dahulu dan lebih memalukan sebuah negara islam pada perlembagaan mempunyai sebuah pusat perjudian yang cukup besar. Kilang arak diwujudkan agar permintaannya memenuhi permintaan di Malaysia. Lebih malang umat islam sendiri telah berusaha keras menyokong kewujudannya.

Lahirnya anak luar nikah yang kini berleluasa dan sekaligus menaikkan kes pembunuhan jiwa yang tidak berdosa. Pada zaman jahiliyah dahulu anak perempuan dibunuh, namun kini bayi lelaki dan perempuan dibunuh tanpa rasa berdosa pada Allah SWT. apakah punca semua ini terjadi?

perbuatan lebih hina dari zaman jahiliyah

"Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya."
Institusi kewangan di Malaysia telah mengamalkan sistem yang sangat ditegah oleh Allah swt kerana mengamalkan RIBA. Apa yang lebih menyedihkan mufti-mufti yang disanjung sebagai penasihat agama diam tanpa sebarang tegahan dan ini sekaligus telah melibatkan semua umat islam di Malaysia dan seluruhnya terlibat/ Subahat dalam perkara berkenaan.

"Al-Baqarah [279]Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu) maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat,  maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa."
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya. (Surah Aali Imran, Ayat: 130)."

Adakah sistem kewangan pada zaman Rasulullah saw. tidak menguntungkan? telah terbukti pada masa itulah kegemilangan pemerintahan islam yang bersandarkan Al-Quran dan Sunnah sangat hebat dan berjaya sehingga kejatuhan empayar islam pada zaman Uthmaniyah akibat sifat tamak yang mula menguasai diri pada zaman dahulu. Dan kini dilihat jauh lebih menyimpang dari Ajaran Allah swt.


Subhanallah, apakah akan terjadi pada setiap umat islam kini? tidak takutkah kita akan azab Allah yang sangat pedih? Mengapa begitu sukar untuk melaksanakann hukum Allah (Hudud) yang secara jelas menuntut agar dilaksanakan oleh pemimpin islam. Rasulullah juga telah memberi panduan yang cukup sempurnya kepada umatnya iaitu Al-Quran dan Sunnah agar kita tidak sesat. Tetapi adakah pemimpin di Malaysia mengamalkannya?


No comments:

Post a Comment