Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Sunday, May 6, 2012

Adakah rakyat menyokong umno/bn?

"Sekali Air bah, sekali Sungai berubah" itulah kata-kata yang sesuai diungkap kepada kerajaan umno/bn apabila tidak menghormati dan membelakangi suara rakyat yang semakin hari semakin jelik terhadap kepincangan umno/bn. Pelbagai helah dan tipu daya yang mereka lakukan untuk mngaburi mata fikiran rakyat namun sedikitpun tidak termakan oleh rakyat marhaen yang kini sudah lebih terbuka dan berinformasi.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memberikan imej buruk dan kotor terhadap perhimpunan BERSIH dengan mengheret pelbagai pihak agar dapat memberi persepsi negetif terhadap tuntutan rakyat yang selama ini ditindas dan ditipu. PDRM dengan jayanya berusaha memperkudakan diri bersekongkol dengan umno/bn untuk menjadi ejen provokasi jahat dalam segala urusan, walhal jauh bezanya dengan negara lain yang dilihat jauh lebih demokrasi di mana, himpunan bersih yang diadakan di luar negara telah diadakan dengan jayanya dengan kerjasama pihak berkuasa berkenaan.

Tindakan ini jelas menunjukkan umno/bn telah gagal memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara Demokrasi yang berdaulat. Mungkin penduduk luar bandar atau mereka yang tidak mendapat kemudahan mengakses media alternatif cukup mudah diperbodohkan umno/bn dengan menggunakan media Barua umno/bn untuk menunjukkan PAKATAN RAKYAT merupakan sebuah parti politik yang kotor dan pengkhianat, Tetapi hakikat sebenarnya umno/bn dan Barua merekalah yang paling jahat dan merupakan bapa segala kemusnahan yang sedang berlaku di Malaysia sekarang.

Mereka tidak tahu mendefinisikan Demokrasi dengan betul terhadap rakyat Malaysia. Kebangkitan suara rakyat telah dilayan dengan tembakan meriam air dan gas pemedih mata serta sepak terajang PDRM terhadap rakyat. Mereka telah menggunakan seluruhnya badan pilihanraya SPR sebagai egen umno/bn bagi merombak dan memastikan tipu helah mereka dalam PRU13 akan datang hanya memberi kemenangan kepada umno/bn. Mereka akan menggunakan kempen secara kotor dengan mengheret semua yang berkaitan dengan persepsi masyarakat terhadap calon Pakatan dengan pelbagai salah laku dan fitnah yang keterlaluan. Semua ini akan digunakan untuk memastikan pelaburan tidak ikhlas umno/bn berbaloi dan memihak kepada mereka untuk mengumpulkan kembali duit rakyat untuk kepentingan mereka dan kroni.

Apakah hasilnya untuk rakyat selepas PRU13 akan datang? ternyata rakyat akan menanggung beban dengan pelbagai kenaikan dan caj yang direka untuk menipu dan terus menipu.

Sudahkan rakyat Malaysia sekarang bersedia untuk menerima tekanan hidup yang semakin hai semakin membebankan? bersediakah anda untuk disembelih oleh umno/bn?....

No comments:

Post a Comment