Salam ukhuwah, pihak JKKK Kampung Parit 4, Sg. Burong & Parit 3 Sg. Burong dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Sg. Burong akan mengadakan program SUKANEKA RAKYAT 2011 pada 23-24 Julai 2011 ini bertempat di lapangan pukal padi Parit 4.
Acara dimeriahkan dengan kehadiran Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor DR. Abd. Rani bin Osman (ADUN Meru) yang akan merasmikan program tersebut. Beliau juga dijangka akan menyampaikan sumbangan Ibu tunggal dan anak yatim untuk masyarakat setempat.
Antara acara yang akan diadakan adalah taklimat kesihatan Mammogram, Pemeriksaan kesihatan (Klinik kesihatan dan Darulsyifa'), Memancing, Futsal Bendang dan acara sukaneka. Turut dijangka beberapa pameran lain akan menyertai program tersebut.











No comments:
Post a Comment