Melihat senario terbaru umno berkaitan demonstrasi BERSIH 2 pada 9 julai ini boleh menggambarkan bahawa umno/bn sangat takut akan kebangkitan rakyat dalam menyuarakan kemarahan mereka.
Demi menutup kelemahan, mereka sanggup membuat apa sahaja agar demokrasi di Malaysia dapat dihapuskan. Tidak cukup dengan itu, umno/bn menggunakan provokasi kotor yang ternyata ada agenda jahat. Jika sebelum ini mereka menggunakan media untuk memberi gambaran negetif terhadap impak BERSIH 2 tidak berhasil, PDRM juga turut diperkudakan bagi menakutkan rakyat agar rancangan mereka ini gagal namun umno/bn masih menemui jalan buntu.
Maka muncullah 2 pergerakan baru yang mahu meniru si BAJU KUNING. Mengapa dan kenapa? tindakan ini sekaligus menunjukkan bahawa perhimpunan bersih sebelum ini berjaya dan ternyata mereka takut.
PERKASA DAN UMNO dilihat sangat terdesak dan terus mengumumkan akan membuat perhimpunan pada tarikh dan waktu yang sama. Apakah agenda yang mahu dibawa? adakah demi kepentingan rakyat atau sekadar provokasi terhadap BERSIH 2? pada saat ini PDRM akan dinilai oleh rakyat dalam menzahirkan tindakan mereka terhadap umno dan perkasa ini. Adakah polis akan adil? ternyata TIDAK sama sekali.
Oleh kerana melihat tarikh keramat ini semakin hampir seluruh usaha dan dan idea DAJJAL telaah digunakan umno/bn bagi menggagalkan BERSIH 2. Terbaru "mat rempit" digunakan untuk membuat satu provokasi jahat di mana mereka telah berkumpul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya Selangor bagi mengugut agar parti itu tidak bersama dalam BERSIH 2 atau pejabat mereka akan DIBAKAR. Mereka juga turut membawa bendera umno dan memakai baju patriot (provokasi bersih2). Namun mereka menafikan bahawa kenyataan mereka mahu membakar ibu pejabat PKR itu palsu. Tetapi atas kebodohan mereka tidak dapat membuktikan apa-apa kerana ucapan mereka di sana telah dirakam oleh beberapa saksi yang berada di lokasi mereka.
Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah umno sebenarnya takut dengan suara rakyat dan demokrasi. Apa akan jadi paada 9 Julai 2011 nanti? adakah akan gagal atau tidak? sudah tentulah jawaapanya ratusan ribu rakyat akan bangkit menentang kebiadaban umno yang sangat jijik dan kotor.








No comments:
Post a Comment