Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Saturday, April 2, 2011

Ron97 naik 20sen, hadiah bn kepada rakyat

seperti dijangkakan, kenaikan harga barang yang mendahului sebelum ini membawa petanda bahawa harga minyak akan dinaikkan. Walaupun rejim bn cuba berdolak dalih namun rakyat hari ini semakin matang dan memahami konsep 1Malysia rejim bn yang sememangnya cuba memperbodohkan rakyat yang mengundi mereka.

Inilah hadiah tidak ternilai kepada rakyat yang tidak ternilai. Setiap titisan peluh yang rakyat kerah di bandar mahupun di desa terpaksa untuk menerima beban yang rejim bn laksanakan dengan alasan untuk pembangunan negara.

Pelbagai alasan yang diberikan rejim bn yang kononnya mengatakan krisis di timur tengah dan perang sana sini adalah pendorong kenaikan harga. Wahai rakyat cubalah berfikiran luas dan matang. Petronas adalah salah satu badan pengeluar dan pelopor minyak di dunia, Malaysia juga terdapat bahan petrolium dan ini ditambah pelaburan petronas di negara-negara lain yang memiliki sumber minyak, sepatutnya rakyat akan menerima manfaat di atas kenaikan harga minyak dan bukan merana.

Dalam isu ini rakyat sememangnya mahu diperbodohkan oleh rejim bn yang tidak mahu rakyat menyedari akan kelebihan yang dimiliki.

Ke mana wang Petronas?

Untuk pendedahan umum kerajaan rejim bn telah menggunakan berjuta-juta duit petronas yang sepatutnya untuk rakyat untuk agenda politik mereka.


NONE

No comments:

Post a Comment