Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Wednesday, April 27, 2011

Pelopor Harakah Meninggal dunia....

Salah seorang pelopor akhbar Harakah, Ustaz Mashhudi Bunyani, 68, meninggal dunia sekitar jam 8.30 pagi ini di rumahnya di Kampung Sungai Penchala, di sini.
Allahyarham yang menghidapi strok sejak beberapa tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak-anaknya di rumahnya setelah mengadu sesak nafas secara tiba-tiba.
Kematiannya di luar jangkaan isteri dan anak-anaknya kerana sebelum itu Allahyarham kelihatan sihat, malah rancak berbual-bual dengan ahli keluarganya.
(Gambar: Salahuddin Ayub bersama para petugas mengkafankan jenazah Allahyarham Ustaz Mashhudi. Foto: Wan Zahari)

Read more


No comments:

Post a Comment