Tg. Karang, 17 Apr. Parti Islam Semalaysia PAS telah melaksanakan tanggungjawabnya mengikut fasal dalam perlembagaan parti tersebut untuk melaksanakan mesyuarat agong tahunan parti itu di dewan Dato' Hormat Tg. Karang.
Dalam Mesyuarat kali ini juga pemilihan baru turut diadakan. Para perwakilan yang layak mengundi pada pemilihan tahun ini dilihat sangat teiti bagi memilih pimpinan baru untuk menerajui Pas Kawasan.
Ahli Parlimen dari Tumpat Kelantan YB Dato' Hj. Kamaruddin bin Jaafar telah merasmikan mesyuarat agong tersebut. Beliau juga merupakan Ahlijawatankuasa Kerja Pas Pusat. Dalam ucapannya juga beliau turut meyentuh mengenai perkembangan proses pilihanraya negeri Serawak semalam dan menyifatkannya satu permulaan yang positif untuk pakatan rakyat walaupun Pas tewas di lima kerusi yang ditandinginya.
Beliau juga menggesa semua ahli Pas untuk terus istiqamah dalam memperjuangkan islam. Jentera bagi menghadapi pilihanraya Umum ke 13 juga diseru agar terus digerakkan dari sekarang sehingga Pas kawasan Tg. karang berjaya menawan Parlimen Tg. Karang yang kini disandang oleh Noh Omar dan DUN Sg. Burong yang di sandang oleh Samsudin Lias. kedua mereka adalah daripada bn.
Beliau juga memberi peringatan bahawa kemungkinan bn akan berusaha keras dan melipatkaligandakan usaha untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.
Turut hadir dalam Mesyuarat Agong tersebut ialah Sdr. Yahya Saari sebagai wakil daripada Parti Keadilan.








No comments:
Post a Comment