Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Wednesday, April 13, 2011

Menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak: Malaysiakini Diserang DDos lagi

mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa laman Malaysiakini tidak dapat diakses oleh semua sejak 12 April 2011. Mungkin ini boleh dikaitan oleh isu terkini yang berlaku di Sarawak iaitu Pilihanraya Umum Negeri di sana kerana sumber maklumat yang telus dan sebenar yang dipaparkan di laman malaysiakini boleh menggugat keyakinan pengundi di sarawak.

Isu-isu panas terkini mengenai BN yang semakin ditolak oleh rakyat di sana cuba di sekat oleh pihak-pihak tertentu untuk memastikan rakyat seluruhnya tidak mengetahui keadaan kempen di Sarawak. Provokasi seperti ini telah menjadi sebahagian strategi kempen bn untuk memastikan rakyat tidak mendapat maklumat terkini yang sebenar. 

Ini juga dikatakan menjadi kebimbangan bagi semua pemimpin bn kerana laman malaysiakini adalah laman yang mempunyai pembacanya yang paling ramai termasuk pembaca dari kalangan umno/bn sendiri.

Hal ini sekaligus mencerminkan sikap tidak profesional kerajaan bn dalam kebebasan media di Malaysia. Virus DDos ini dijangka memerlukan masa untuk dihapuskan. Sekaligus merencatkan saluran maklumat wakil-wakil media rakyat untuk tatapan umum di internet.

Walaubagaimanpun pihak malaysiakini telah menyediakan pelan alternatif bagi meneruskan penyaluran berita melalui laman sosial Facebook dan Malaysiakini.wordpres.

Tidak terhad kepada Malaysiakini tetapi media-media alternatif yang turut memaparkan situasi semasa kempen Pilihanraya Negeri Sarawak masih boleh diakses di Harakahdaily, Tv Selangor dan beberapa media online lain.

No comments:

Post a Comment