PAS Selangor bersedia menghadapi cabaran berhadapan dengan hasrat semua pihak untuk mengambil semula pentadbiran kerajaan negeri paling maju di Malaysia ini.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan pilihan raya depan sebagai sangat getir dengan segala cubaan musuh untuk berkuasa semula.Dr Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata demikian ketika berucap melancarkan Skim Waqaf Bangunan PAS tiga tingkat bernilai RM1.3 juta, di sini malam tadi.
(Gambar: Haji Shafie dari Serdang berjaya membeli jualan awal dengan harga RM10 ribu untuk seperenam kaki yang asalnya berharga RM50 daripada Dr Hasan.)
Menurutnya, bangunan yang bakal menjadi pemangkin utama pusat gerak kerja seluruh petugas semua peringkat itu amat perlu disegerakan.
"Harapan besar kita agar segala impian ini akan dapat menjadi realiti dalam masa terdekat.
"Syukur kerana bayaran 10 peratus daripada bayaran itu telah disumbangkan oleh sahabat kita, Datuk Kapten (B) Abu Zahar Hashim.
"Moga sumbangan permulaan sangat hebat ini menjadi perangsang kepada semua pihak untuk tingkatkan usaha mencari sumber kewangan berkaitan," tegasnya.
Untuk rekod, Abu Zahar adalah bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter, menyertai PAS pada 24 Disember 2008.
Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian itu kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak (ketika itu) menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Read more








No comments:
Post a Comment