Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Wednesday, April 20, 2011

Harga barang naik hujung April?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSVeS1_SD3a_7e7y4f0eHN7Y2NDfKYug578S5__DhV7YUPYo-dYfrJoZ1SvrGt97tIeQa-RJh7xFiZk7Pvf13j-KQ5eFrrQUlSPgFcTxd9GnGcjAdvXYcwmmNdGqVLogJs9Fwgv09KnSE/s1600/barang-naik-copy1.jpg
Tinjauan yang dilakukan di beberapa buah kedai runcit sekitar Sekinchan mendapati harga barang masih mengikut pasaran semasa. Namun beberapa peniaga telah memberitahu bahawa harga barang keperluan akan naik mendadak pada hujung April ini.

Menurut peniaga itu lagi badan yang bertanggungjawab bagi memantau harga sudah jarang memantau dan hanya berdiam diri. Asam jawa kini sekilo mencecah Rm5 berbanding dulu RM 2.50.

Ini merupakan satu beban yang terpaksa di tanggung oleh rakyat yang mengundi bn. Apakah ini yang dikatakan mahu membela rakyat? Bagi rakyat yang berpendapatan rendah ini merupakan satu lagi malapetaka yang bakal mereka hadapi. 

Sikap sambil lewa kerajaan dan badan tertentu yang tidak bertanggungjawab mengawal harga keperluan rakyat ini dilihat sebagai tindakan melepaskan diri mereka untuk mengelak membantu rakyat.

Situasi ini seakan petanda bahawa harga minyak mungkin akan naik tidak lama lagi. Sebelum ini, jalan ceritanya juga sama apabila harga barang akan mendahului naik sebelum kenaikan harga minyak menyusul.

No comments:

Post a Comment