inilah dia yang dikatakan penjimatan hahahah air percuma 20meter padu untuk rakyat selangor dikatakan membazir tapi salah cetak buku hanya kesilapan hahahahah pelik bin ajaib.....agaknya ufo kot yang buat kenyataan hahahahah.....
Kecuaian cetak buku: PAS mahu TPM bertanggungjawab
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak satu siasatan dibuat terhadap kecuaian Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran serta agensi di bawahnya ekoran kesilapan mencetak 400,000 naskah buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1 sehingga terpaksa ditarik balik.
Katanya, parti itu mahu Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Menteri Pelajaran bertanggungjawab dengan kecuaian serius tersebut sehingga melibatkan kehangusan wang rakyat berjumlah RM4 juta serta boleh mengganggu konsentrasi pelajar.
“Isunya Kementerian Pelajaran cuai, kenapa perkara yang sebesar ini tidak diteliti, jadi kita mahu satu siasatan terperinci dan TPM mesti bertanggungjawab," tegasnya. read more








No comments:
Post a Comment