Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Mei ini untuk mendengar kes saman yang difailkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kerana menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya pada 11 September 2009.
Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh tersebut selepas kes itu disebut di hadapannya hari ini, lapor Bernama.
Dalam saman yang difailkan tahun lepas, Khalid yang juga Pesuruhjaya PAS Shah Alam, menamakan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Utusan Malaysia dan juga akhbar Mingguan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan penerbit juga pencetak akhbar Utusan Malaysia dan juga Mingguan Malaysia sebagai defendan. Read More









No comments:
Post a Comment