Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Tuesday, February 8, 2011

Khusrin dapat tugas pertama

Tanggal 7 Feb 2011 Khusrin (SUK Kontroversi) akhirnya telah dipanggil menghadap menteri besar Selangor selepas kerajaan negeri bawah pimpinan pakatan rakyat gagal memperoleh majoriti 2/3 undi bagi mengembalikan semula kuasa sultan untuk melantik SUK dan pegawai kewangan negeri yang sebelum ini telah dirampas oleh kerajaan pusat.

Tugas pertama beliau adalah bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.

"Mohammed Khusrin juga disarankan mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

"Selain itu, SUK diminta menyediakan laporan dari semasa ke semasa kepada kerajaan negeri mengenai maklumat terkini hartanah milik Kerajaan Selangor, demi mengenal pasti nilai tanah yang terbiar dan bermasalah," menurut kenyataan itu.

Selain itu, Abdul Khalid mahu Mohammed Khusrin meneruskan usaha-usaha menangani masalah kecurian pasir yang boleh mengganggu pendapatan kerajaan negeri dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah menunjukkan kejayaan cemerlang menerusi peningkatan pembayaran royalti yang berlipat kali ganda sejak 2008.

Persoalan yang bermain difikiran sekarang adakah Khusrin akan menaikkan imej Pakatan Rakyat atau akan membuat provokasi?

Perlantikan beliau amat disokong oleh bn dan mereka sanggup bermatian pertahankan perlantikan SUK ini walaupun dengan cara yang tidak sihat. Adakah isu setinggan akan selesai? atau peristiwa yang berlaku pada zaman bn di Selangor dulu akan berulang?

 peristiwa pada zaman bn di Selangor

Lihat sahaja kekecohan yaang berlaku pada ketika itu mereka menggunakan segala medium bagi menghalang penduduk melawan. Itulah kebimbangan yang dikhuatiri bakal berulang akibat provokasi orang tertentu yang mahu Pakatan di Selangor tumbang.

http://media1.malaysiakini.com/273/f952c060d40e7b6b6d32001d3663cb7f.gif

Isu pasir di Selangor kini telah selesai dan terbukti daripada hasil kerajaan sekarang telah membuktikannya bahawa Selangor boleh memperolehi pendapatan lumayan yang boleh diguna semula untuk pembangunaan rakyat. Tetapi sekiranya ada pihak cuba menggenakan kerajaan Selangor pastinya ia juga akan berulang seperti dahulu dan akhirnya akan merosakkan imej Pakatan Rakyat. Kebimbangan ini bukanlah berniat sebagai tuduhan kepada pihak tertentu tetapi adalah lebih baik kita berjaga-jaga sebelum provokasi dilakukan. Bn juga akan menggunakan segala saluran medium bagi menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat agar mereka dapat menguasai semula lubuk kewangan di malaysia ini.

No comments:

Post a Comment