Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Friday, February 4, 2011

Kerajaan bn tidak pandai mengurus negara dan rakyat?

Kerajaan pusat dilihat menggunakan kaedah yang tidak memihak kepada rakyat apabila kenaikkan harga minyak yang telah mendorong harga barang semua naik tanpa ada kaedah yang perlu untuk digunakan bagi mengekalkan harga barang-barang keperluan tertentu kepada harga lama.

Sebagai sebuah kerajaan yang mahu mendahulukan rakyat kerajaan sepatutnya menggunakan inesiatif yang boleh mejamin keselesaan rakyat dalam menghadapi cabaran pasaran semasa. 

Penggunaaan subsidi terhadap barang keprluan

Sebelum ini kerajaan menjelaskan bahawa dengan penarikkan balik subsidi minyak akan dapat menjimatkan perbelanjaan negara, sudah pasti kerajaan kini masih memperolehi banyak pendapatan kerana subsidi telah ditarik beberapa tahun sebelum ini. Tetapi tidak tahulah sekiranya hasil penjimatan itu digunakan untuk tujuan kroni.

Kerajaan sepatutnya menggunakan subsidi penuh bagi menampung keperluan rakyat seperti, minyak, garam, gula, susu tepung dan beberapa keperluan harian. Sekiranya ini dapat dilakukan maka kesan kenaikkan harga minyak di Malaysia tidak akan menjejaskan kepentingan rakyat. Bayangkan rakyat yang duduk di luar bandar yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Adakah nasib mereka dibela? ternyata tidak. Sebaliknya dengan langkah yang dijelaskan ini pastinya mereka tadi akan hidup dengan selesa.

Kerajaan bn akan tumbang

Sekiranya mereka tidak menggunakan pendekatan ini, dilihat bn bakal menghadapi gelombang reformasi politik yang lebih besar dengan kemarahan rakyat terutama yang berada di luar bandar yang semakin hari semakin tertekan dengan ekonomi pendapatan mereka yang tidak mampu untuk menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

Pastinya undi tidak memihak kepada bn lagi. kerajaan juga diseru agar tidak lagi melantik pemimpin yang kolot dan tidak tahu mendahulukan rakyat. Mereka dilihat hanya mementingkan diri sendiri dan tidak sedar bahawa rakyatlah yang melantik mereka. Dan mereka perlu tahu bahawa kerajaan yang ada adalah kuli kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment