Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Friday, February 25, 2011

Artis Terkenal sertai Pakatan Rakyat

Alhamdulillah dan telah kembali ke kepangkal jalan dan sekaligus menampakkan usaha Pas dalam membawa negara kita Malaysia kepada kepimpinan berasaskan islam mula mendapat tempat di hati rakyat apabila kini telah ramai menertai parti itu.

Dengan kejayaan sebelum ini menubuhkan KELAB PENYOKONG PAS yang dianggotai oleh masyarakat bukan islam telah mebuktikan PAS telus dan adil serta membawa kebaikan kepada semua masyarakat.

Kini golongan artis juga telah tertarik dengan sistem pimpinan PAS sekaligus menarik mereka menyertai parti tersebut dengan penuh kerelaan. Segala kemewahan sebagai seorang artis juga sanggup mereka tinggalkan dem memperjuangkan islam dan hidup berlandaskan Sunnah Rasulullah saw.

Himpunan 30 ribu pemuda PAS yang diadakan di Kedah baru-baru ini menggemparkan negara apabila kemunculan Pelakon, Pengacara dan Pelawak terkenal Bob Lokman turut hadir dan menyerahkan borang sebagai ahli PAS. Kemunculan beliau turut diiringi dengan laungan Takbir.

Menurut beliau, sebelum ini beliau mempunyai masalah dengan kehidupannya dan cara mendidik anak-anak di rumah kerana persekitaran dan sistem pendidikan yang dilihaat tidak menjurus kepada islam dan sunnah Rasulullah. Beliau juga turut mempersoalkan slogan 1 Malaysia  yang tidak menepati intipati islam sebenar. Beliau juga menjelaskan sepatutnya selogan itu ditukar kepada 'Allah didahulukan, Sunnah Rasulullah diutamakan'.


No comments:

Post a Comment