Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Wednesday, January 19, 2011

Terbitan Selangor Kini akhirnya ke balai polis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgj0YCjKAgTMB7UwZMP5Z9Bys7ZhVe_L1qYL5ZhHEj04p78s6W29-s-Q5Gfz13o67QrOULz5DQ1wMsySVQYN2Jx-2mJk9jydQVRhsdbcYhQjjfgnPL3gqzbYTLYkeJ5JoOyPueBhwEWkw/s1600/umno+lwn+pkr.jpg
Mstar Online,

Kerajaan Negeri Selangor semalam membuat laporan polis berhubung penerbitan akhbar “Selangor Terkini” yang menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran.

Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pukul 4.30 petang Isnin.

Menurut sumber Pejabat Menteri Besar, laporan itu adalah bagi pihak polis memulakan siasatan ekoran penyalahgunaan logo pada akhbar yang tidak diketahui penerbitnya itu.

Dakwa sumber itu, kandungan akhbar itu adalah usaha untuk mencemarkan imej Selangor dan mengelirukan orang ramai kerana akhbar rasmi kerajaan negeri ialah “Selangor Kini”.lihat di sini

“Tindakan menerbit akhbar menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran adalah salah. Maka pihak kerajaan negeri membuat laporan untuk polis menyiasat perkara ini.

“Setakat ini kerajaan negeri tidak mengetahui siapa yang menerbit, malah kami tidak tahu kewujudan akhbar ini,” katanya di sini.

Sumber itu memberitahu, akhbar terbabit juga berniat jahat dengan bertindak menghentam pentadbiran kerajaan negeri dalam setiap laporan penerbitannya.

“Akhbar Selangor Terkini itu sudah diedarkan secara meluas kepada orang ramai,” katanya.

ni lah yang dikatakan provokassi kotor umno/bn cube klu kita tiru dia ingat dekat 10 trak polis dtg jenput hahahahahha

Berkaitan

Selangor Kini (Pakatan Rakyat) Vs Selangor Terkini (pro umno)

No comments:

Post a Comment