Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Wednesday, January 19, 2011

Sidang DUN: Istana bagi lampu hijau...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9XullRSpIq9P4uruBdLTSRlh8f1jnwzVLkgNTB88zp8FXnuKbTLPvpX4gJD_njF67fZGdKyb2o94qgb58JfZ85TQdNVcAicPL-8Ls1sPPq49bjVQgUBcS3-94xYEpszhUjB8j3RNP_Pw/s400/Khalid-n-Sultan.jpg
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang akan diadakan pada 24 Jan ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lalu untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri lapor malaysiakini.

Sidang Dewan Negeri Selangor itu bertujuan bagi meminda semula Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Semasa pemerintahan Tun Mahathir dalam tahun 1993 beliau telah meminda perkara tersebut bagi memusatkan pengurusan dan pemilihan jawatan itu kepada kerajaan pusat.

Munginkah umno sekali lagi akan membuat onar sepertimana yang terjadi di Perak?

No comments:

Post a Comment