Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengulangi akan terus komited dalam urusan pengambilalihan syarikat konsesi air di Selangor demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat di Selangor khususnya.
Pengambilalihan ini dilihat sangat perlu kerana syarikat yang sekarang diterajui oleh SYABAS dilihat semakin menindas rakyat apabila tarif air yang tidak pernah turun akan dinaikkan lagi sehingga 37% dengan alasan tanggungan kos pengurusan syarikat itu berkenaan air.
Dalam kenyataan syarikat konsesi itu sebelum ini bahawa dokumen tawaran kerajaan negeri yang diberikan tidak terperinci dan kabur sungguh berniat jahat dan alasan mereka dapat melengah-lengahkan proses pengambil alihan tersebut.
Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan? sedangkan ia jelas sedang memberi bebanan dan tekanan kepada pengguna air di Selangor yang bakal berdepan dengan tarif air yang sangat tinggi akan datang jika kerajaan tidak mengambilalih konsesi tersebut.
AIR SELANGOR UNTUK RAKYAT SELANGOR!!! KEMBALIKAN HAK AIR KEPADA RAKYAT SELANGOR!!!
Selanjutnya








No comments:
Post a Comment