Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Monday, January 10, 2011

Selangor Kini (Pakatan Rakyat) Vs Selangor Terkini (pro umno)

Umno Selangor kini telah melancarkan akhbar terbarunya khas untuk negeri Selangir yang bertujuan untuk menyerang balas akhbar kerajaan negeri Selangor iaitu SELANGOR KINI yang dilihat telah memberi kesan terhadap rakyat selangor khusunya. Atas kebimbangan pendedahan dan rahsia umno terbongkar mereka telah menerbitkan SELANGOR TERKINI dan telah mula diedarkan pada program umno yang diadakan di Tangjong Karang baru-baru ini.

Kandungannya jelas telah mempertikaikan kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat telah membelanjakan wang rakyat ke jalan yang merugikan semua. Selain itu juga mereka turut menyerang balas ADUN Sekinchan Ng Sue Lim berkaitan harga padi yang mendakwa ADUN Tersebut menipu petani.


umno dengan bantahannya

Dalam isu berkaitan juga Adun tersebut dikatakan telah memasuki kawasan orang lain sehingga menyebabkan beliau telah dipukul. Isu berkenaan adalah berkaitan isu padi yang tidak setara berbanding dengan isu padi kawasan lain dan beberapa masalah lain berkaitan pesawah di kawasan terbabit.

Dalam kenyataan sebelum ini Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohamad Shafie Asnawi berkata, rakyat tempatan tidak seharusnya muda terpengaruh dengan tindakan parti pembangkang itu yang sengaja membuat provokasi untuk mencetuskan ketegangan, dan beliau mahu pihak polis menyiasat siapa punca sebenar.

Sebaliknya dalam laman Facebook milik DAP Sekinchan mendapati beberapa orang yang sangat dikenali merupakan ahli umno di kawasan terbabit yang datang untuk menghalang ADUN Sekinchan daripada berjumpa para petani.

Ini jelas menunjukkan perbuatan sehingga menyebabkan kecederaan orang lain terlalu melampau dan boleh disifatkan sebagai SAMSENG. Adakah nilai-nilai kemasyarakatan telah hilanng apabila berpolitik?.Oleh itu Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan bersedia menghadapi cabaran hebat dari pihak lawan.

Sekaligus membuktikan rancangan yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat berjaya sehinggakan umno turut menerbit akhbar mereka hampir sama dengan kerjaan Negeri.

No comments:

Post a Comment