Boleh dikatakan tidak bijak dan kurang pengetahuan apabila seorang timbalan menteri yang bertanggjungjawab dalam isu pendidikan tidak faham atau tidak reti mengenai peraturan-peraturan yang telah direka oleh mereka sendiri tetapi dilanggar. Surat pekeliling jelas menyatakan bahawa Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.
| Markom Giran "double standard" |
Dalam kenyataannya semalam Mohd Puad menyatakan bahawa tindakan Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan. Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh pengarah pelajaran Johor tersebut.(sila rujuk)
Ini sangat memalukan sebagai seorg Tim. Menteri tetapi tidak cerdik. Boleh dikatakan pekeliling yang dikeluarkan itu sebenarnya hanya kertas putih yang sekadar mengugut pegawai-pegawai yang cenderung memihak kepada Pakatan Rakyat. Ini sangat tidak adil dan berat sebelah.
PUAD ZARKASHI MESTI LETAK JAWATAN
| Kenyataan Puad Zarkashi kurang bijak |
Segala bukti dengan rakaman video yang kini tersebar luas mengenai tindakan Markom Giran yang telah terbukti melanggar peraturan tersebut. Adalah lebih baik Puad letak jawatan sebagai MP Batu Pahat kerana sebagai Tim. menteri beliau tidak menjalankan fungsinya dengan adil dan telus. Lebih ramai lagi rakyat biasa yang lebih berkaliber dan berkelayakan untuk memegang jawatan Tim. menteri pelajaran.
Tindakan ini juga telah jelas menampakkan tembelang umno yang sebenar kerana berat sebelah dan hanya pandai menabur janji kosong demi memenangi hati rakyat. Hakikatnya slogan "Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan" hanyalah sandiwara politik umno yang tidak telus.
Berikut dipaparkan salinan surat Pekeliling untuk tatapan tim. Menteri terbabit:











No comments:
Post a Comment