Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Sunday, January 30, 2011

PKR PERLU SARINGAN LEBIH KETAT

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2008/12/02/NEWS_PKRLogo.jpg
Melihat situasi yang menjadi fenomena biasa apabila Adun atau Ahli Parlimen PKR kini mula banyak menjadi katak atau lebih sesuai digelar Pengkhianat parti apabila tidak dapat menerima keputusan Pimpinan atasan berhubung dengan sebarang tindakan parti tersebut.

Bermula dengan peristiwa di Perak apabila Adun daripada Pakatan rakyat yang kabur dengan wang dan kebendaan mereka sanggup menggadai maruah demi mencapai matlamat peribadi. Dan ini dibantu oleh bn dalam menghancurkan pimpinan yang dipilih oleh rakyat sendiri dalam saluran yang demokrasi (Pilihanraya). 

Ini adalah sejarah yang akan kekal terpahat di Malaysia apabila sekali lagi MP Padang Serai mula mengkritik dan mempersoal kepimpinan DSAI. 

Gobala dilihat dari awal penyertaannya dalam PKR banyak kepada SEKULAR dan apabila Zaid Ibrahim yang sebelum ini menyokong dasar PKR juga berpaling tadah maka telah wujud atu parti baru di Malaysia iaitu KITA yang secara terang mengakui mereka adalah sekular.

Mungkin ini adalah pengajaran kepada PKR dan mungkin juga kita tidak boleh menyalahkan PKR secara total apabila tsunami politik melanda negara dengan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat sekaligus menyasikan beberapa negeri dapat dirampas oleh Pakatan rakyat.

Jika kita melihat urusan sebelum PRU12 yang lalu mungkin PKR tidak dapat menentukan calon-calon yang betul-betul layak bagi menentang bn. sistem tangkap muat dan "Kipas" banyak digunakan untuk mengaburi pimpinan atasan agar individu yang tidak setia pada parti turut mengisi kerusi dalam PRU yang lalu.

Adalah diharapkan PKR akan lebih tegas dalam memilih bakal calon mereka yang lebih berintergriti dan setia kepada parti. Tidak dinafikan umno sebenarnya lebih parah berbanding PKR tetapi pimpinan mereka menggunakan pendekatan penyelesaian secara dalaman dan ini disokong oleh penggunaan media kroni dalam mengaburi masalah yang umno hadapi.

"Berkatalah benar walau ia pahit" mungkin itu lebih sesuai untuk PKR dalam memilih dan menaikkan imej perti mereka di mata rakyat. Pastikan mereka yang setia dalam atau semasa jatuh bangkit Parti sahaja yang diberi kepercayaan dalam PRU akan datang. Hapuskan segera musuh-musuh dalam selimut agar agenda parti yang mahu membela kebajikan rakyat terus dilaksana dan sekali gus mencapai objektif merampas Putrajaya daripada bn.

No comments:

Post a Comment