Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Monday, January 10, 2011

PERLANTIKAN SUK SELANGOR: Minyak terus dijirus lawan.


Gempar apabila kira-kira 300 penduduk Jalan Kebun Klang mengadakan demonstrasi sambil membakar gambar Adun Sri Muda Shuhaimi Shafie yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Sultan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dakwaan memutarbelit titah ucapan baginda(merujuk bernama).


Mereka juga medesak Adun berkenaan agar membuat permohonan maaf secara terbuka dan meletakkan jawatan sebagai ADUN. Dalam kenyataan mereka "Kami berasa malu dengan tindakan Shuhaimi kerana sebagai orang Melayu dan juga ADUN, beliau tergamak berbuat demikian kepada Sultan Selangor serta sanggup dipergunakan oleh orang lain demi kepentingan politik peribadi," kata ahli Jawatankuasa Penduduk kampung itu Buang Abdul Basir (dipetik dari Malaysiakini).

Turut kelihatan Timbalan Ketua Umno bahagian Kota Raja, Kamal Ariffin Kaimin. Demonstrasi ini adalah berkaitan perlantikan SUK Selangor yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi. Apa yang menyedihkan isu ini seolah-olah sengaja diperbesarkan agar menampakkan kekalutan yang serius di antara pihak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan pihak Istana.

Sedangkan sejarah dahulu telah terpahat di mana media-media telah memperincikan dan memaikan isu berkaitan pergeseran di antara umno dan Istana. Berikut adalah beberapa keratan akhbar yang menjadi bukti perbuatan umno sebelum ini yang cuba dipadamkan oleh mereka sendiri.

Perkara yang Melayu jangan lupa




(merujuk pada Malaysiakini) Sebelum ini pertikaian berkaitan perlantikan SUK Selangor terjadi apabila KSN telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Datuk Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Datuk menteri besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.

Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember (setiausaha sulit Sultan) Datuk Munir Bani menghantar surat kepada setiausaha sulit menteri besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Datuk Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Datuk Khusrin sebagai SUK," kata Faekah lagi.

Ini jelas menampakkan sikap tidak professional kerana campurtangan kerajaan pusat seolah-olah Selangor tidak berkerajaan. Sejajar dengan misi menawan semula Selangor, umno terus berusaha dengan segala taktik dan usaha sehingga sanggup melanggar batas sikap professionalisme. Media arus perdana diperguna sepenuhnya untuk menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat ini seolah bidap.

No comments:

Post a Comment