Tidak sudah dengan serangan demi serangan terhadap pimpinan kerajaan negeri Selangor kini timbul pula provokasi baru yang cuba untuk melagakan hubungan kerajaan Pakatan Rakyat dengan pihak istana. Ia dilihat sebagai politik murahan sekiranya mahu mencalar imej kerajaan negeri.
Satu sidang media telah diadakan bagi menafikan penglibatan Pakatan Rakyat dalam provokasi jahat yang berunsur fitnah. Terdapat tiga kain rentang, di mana salah satu daripadanya berbunyi "Dimanakah Keadilan Sultan Dalam isu pemilihan SUK Siapa Lebih Berhak?" ditemui di Seksyen 9, Shah Alam.Dua lagi kain rentang ditemui di seksyen 13 dan satu lagi bulatan di Parlimen Shah Alam (Khalid Samad).
Menurut Khalid Samad, pendirian Pakatan Rakyat jelas terus mempertahankan Islam, Institusi Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan dan perkara tersebut telah diputuskan dan ditandatangani oleh ketiga-tiga presiden gabungan itu pada September 2008.
Satu laporan polis telah di buat kerana ia merupakan fitnah jahat yang dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab untuk menimbulkan perasaan benci oleh rakyat kepada Pakatan rakyat," laporan polis itu dipetik.(rujuk di sini)
Sehubungan itu, polis diminta menyiasat pihak yang bertanggungjawab membuat hasutan tersebut dan dibawa kemuka pengadilan. Adalah sangat diharap agar siasatan ini tidak "double standard" dan orang yang bertanggungjawab perlu diheret ke mahkamah.










No comments:
Post a Comment