![]() |
| Adun Pelabuhan klang yang telah mengkhianati undi rakyat terhadap beliau |
Harapan Adun Katak Pelabuhan Klang untuk mempertahankan kerusi bakal menemui kegagalan apabila gagal mendapatkan perintah interim untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang.
Bagaimanapun Badrul Hisham mempunyai sedikit harapan tipis apabila mahkamah bersetuju untuk mendengar rayuan permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan injunksi terhadap SPR pada 7 Februari. Bagaimanapun SPR dilaporkan telah mengadakan perbincangan mengenai kekosongan kerusi tersebut lapor Malaysiakini.
Kerusi DUN Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim pada 19 Januari lalu.
Menurut Teng, ia ekoran penyandang kerusi tersebut, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih enam bulan.
Menurut Teng, ia ekoran penyandang kerusi tersebut, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih enam bulan.
Walaubagaimanapun mahkamah menasihatkan pihak yang terbabit agar tidak membuat sebarang keputusan sehingga permohonan Badrul Hisham didengar pada 7 Feb ini.
Jentera Pakatan Selangor diminta agar sentiasa bersedia mnghadapi satu lagi siri pilihanraya kecil yang bakal memberi tamparan hebat kepada umno/bn. Sokongan padu dari semua sayap pakatan harus dikumpul dan dikerah agar kita memperoleh majoriti besar sebagai isyarat jelas bahawa umno tidak diperlukan di Selangor.
Selain itu ini juga dapat membalas kembali perbuatan Adun katak yang telah mengkhianati undi yang rakyat berikan di bawah payung Pakatan Rakyat. Pastikan Selangor bersih daripada umno/bn buat selamanya...









No comments:
Post a Comment