Kemajuan Malaysia dalam pengeluaran hasil kelapa sawit beserta nilai tambah yang diusahakan telah menampakkan kejayaan besar apabila hasil-hasil samada dari segi minyak mentah sawit atau produk mendapat permintaan tinggi di luar negara. Ini sekaligus dapat menjamin bekalan minyak di negara sendiri.(sila rujuk)
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kita sekali lagi dikejutkan dengan "bekalan minyak masak semakin berkurangan di pasaran". Trend ini semakin menjadi-jadi apabila tiba musim perayaan. Masing-masing dilihat memainkan peranan bagi mengawal paras bekalan dan harga bahan terkawal tersebut. Seharusnya dengan status sebagai sebuah negara pengeluar terbesar isu kekurangan bekalan bahan ini tidak sepatutnya berlaku.
Alasan demi alasan yang sering didengari apabila persoalan dikeluarkan dan di antaranya, "pengeluaran kena ikut arahan kerajaan". Kerajaan sepetutnya membuat pemerhatian dan kajian secara berterusan agar bekalan minyak ini sentiasa mencukupi di pasaran agar ia tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertangggungjawab.(Sila rujuk)
Kajian terperinci mengenai penambahan penduduk dan jenis perniagaan yang menggunakan minyak masak sebagai asas perlu diperluas tanpa had. Agak memalukan bagi negara apabila kita sibuk mengekspot bahan ini ke luar sedangkan dalam negara berkuangan ibarat "kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan".
SPRM dilihat sebagai satu keperluan agar dapat menjalankan pemantauan dan siasatan agar dalang di sebalik masalah ini dihapuskan. Jika masalah ini berterusan maka tiadalah makna slogan "rakyat didahulukan".









No comments:
Post a Comment