Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

http://ganpeinei.files.wordpress.com/2011/11/master-logo-selangorku-guide.jpg



Monday, January 10, 2011

Khir Toyo tak pandai main api

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhswd9KpgIJR4Vd62eJZN_ElpuuqdJUk6_2kg-62ZBCg_Kl_k9YwLqSWNbhJqEIb80rIA9ldSsnLL2MnAspNXCbwMzSafCzjzgPdCCkqZbv572ODpzML4ISWNk7Oms7TFwmpnxgYn910Zs/s1600/Istana+Khir+Toyo.jpg
Khir Toyo yang sebelum ini sangat lantang bersuara dalam menggoyah kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya menawan Selangor dalam PRU12 yang lepas akhirnya terduduk dan dijangkakan hilang peluang dalam PRU13 nanti berikutan dakwaan yang dibuat di mahkamah oleh SPRM selepas mendapati beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. 
 
Sejak Kalah dalam PRU12 yang lepas Khir diibarat cuba bermain dengan api apabila membuat siri pendedahan isu pasir yang sebenarnya berpunca dari zaman pemerintahannya sendiri.  Namun dapat dibuktikan dengan laporan telus kerajaan Negeri punca masalah terbabit dan, kini beliau sendiri dibakar oleh api yang dihidupkannya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7  di sini pada 29 Mei 2007. Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Turut sama didakwa ialah pengarah Ditamas Shamsuddin, 52, namun mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohamad Khir melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama. Shamsuddin, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 109 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
 
Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Samsuddin Hayroni diiringi anggota SPRM hadir di Mahkamah Sesyen berhubung kes pemilikan dua lot tanah.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.(merujuk pada Malaysian Insider)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2ryS_45rZJaUUWB7RYaHJWUFpfAr6y3kdzVFjwOLV4Xx1m00WqQwA4T0iyfWQmuobn8J0wWIdxuRd92dSsRkz-JcuM15FS9PmMqZ5cVpeU7mVggK8D-dfiGR9KGz1GVfh2IJTBJC3QV4/s1600/ghani_patail.jpg
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Habis madu sepah dibuang, itulah perumpamaan yang sesuai buat Khir. Mana mungkin umno mahu mencantas puak mereka sendiri kalau tiada silapnya. Dan amatlah mustahil kerajaan Pakatan Rakyat boleh mengheret Khir ke mahkamah kalu tanpa izin Ghani. Nampak gayanya musuh politik dalam selimut lah yang membakar khir dan bakal berakhirlah karier politik khir bersama umno.

No comments:

Post a Comment