SelangorKiniOnline,
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM100,000 bagi kerja-kerja baik pulih enam gelanggang futsal di seluruh Sabak Bernam termasuk Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam melalui Program Mesra Belia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, pihaknya menerima aduan daripada masyarakat setempat, khususnya golongan belia berikutan kerosakan yang terdapat di gelanggang futsal kawasan mereka.

![]() |
| Adun Sekinchan Ng Sue Lim |
Menurut Ng Suee Lim, aduan yang diterimanya itu dipanjangkan ke Jawatankuasa Belia Selangor untuk diambil perhatian.
“Aduan yang diterima kita panjangkan ke Jawatankuasa Belia Selangor dan mendapat peruntukan lebih kurang RM 100,000 untuk membaik pulih enam gelanggang futsal berkenaan.
Ng Suee Lim berkata, pihaknya memandang berat keperluan rakyat setempat kerana gelanggang tersebut bukan sahaja dijadikan tempat untuk bermain futsal malah menjadi tempat riadah masyarakat setempat khususnya generasi muda bagi mengelakkan mereka terjebak dalam kegiatan tidak bermoral.
Proses baik pulih enam gelanggang futsal ini akan melibatkan pembaikan pagar keliling, lampu, lantai gelanggang dan beberapa kemudahan lain kawasan futsal berkenaan.
Jelas Ng Suee Lim, kerja-kerja baik pulih enam gelanggang futsal ini akan dilakukan serentak dan dijangka siap sepenuhnya sebelum Februari.
Tambah Ng, pihaknya turut berharap penduduk kawasan terbabit menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin.

No comments:
Post a Comment