Pengerusi SPR telah mengeluarkan kenyataan berhubung kes pegawai pelajaran Johor yang bertindak sebagai agen bagi meminta guru-guru di Dun Tenang agar memenangkan bn dalam pilihanraya kecil akan datang. Ia dilihat sebagai tamparan hebat buat Fuad yang sebelum ini cuba menegakkan benang yang basah.Pegawai kerajaan tidak boleh menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti politik, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof sambil menambah bahawa mereka perlu sentiasa menjaga tahap "profesionalisme" masing-masing.
Beliau mengulas kes seorang pegawai tinggi kerajaan di Johor yang menggesa para guru menyokong "kempen kerajaan" dalam pilihan raya kecil DUN Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari depan.








No comments:
Post a Comment