Kempen di DUN Tenang semakin dirasa apabila BN telah memperkudakan jabatan kerajaan yang sekaligus telah melanggar etika Pilihanraya. Tindakan Haji Markom sangat bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan 21 bagi pegawai pengurusan tertinggi dan profesional.Dalam surat pekeliling yang dikeluarkan oleh JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA melalui ketua Pengarahnya yang bertarikh 6 April 2009, mereka tidak boleh membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik atau menerbitkan risalah, atau merayu undi atau bertindak merayu dalam pilihan raya,(salinan surat perkeliling)
Tindakan harus diambil terhadap beliau di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (1993). Dalam pendedahan oleh Harakahdaily sebelum ini menjelaskan beliau telah berkempen di beberapa buah sekolah di kawasan DUN Tenang dan turut memberi tekanan kepada guru-guru di kawasan terbabit agar memembantu jentera bn bagi mendapat kemenangan pada pilihanraya kecil nanti.
Sehubungan dengan itu satu laporan polis sudah dibuat bagi menyiasat kes tersebut, dan diharap agar pihak-pihak berkaitan segera menyiasat dan mengambil tindakan wajar di atas perbuatan yang telah melanggar peraturan untuk membuktikan kerajaan pusat telus. Adakah tidakan sewajarnya akan diambil?
Berikut bukti video yang menunjukkan kesalahan tersebut:








No comments:
Post a Comment